Tidak Sedar Najis Pada Pakaian Ketika Solat

TIDAK MENYEDARI ADA NAJIS PADA PAKAIAN SAAT SOLAT

Ada seseorang solat lima waktu dari solat Subuh sampai solat Isya dalam keadaan pada pakaiannya ada najis sementara dia tidak menyedarinya. Apakah dia perlu mengulangi solatnya? Atau apa yang perlu dilakukannya?

Fadhilatusy Syaikh al-Muhaddits Rabi’ bin Hadi al-Madkhali hafizhahullah menjawab:

“Orang yang telah mengerjakan solat lima waktu dalam keadaan pada pakaiannya ada najis tanpa diketahuinya, maka solatnya sah, tidak perlu diulangi. Argumennya di antaranya adalah saat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam solat bersama para sahabat beliau dalam keadaan memakai sandal, tiba-tiba Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melepaskan sandal beliau. Para sahabat pun mengikuti beliau, melepaskan sandal mereka.

Setelah salam, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menanyai mereka, “Mengapa kalian melepaskan sandal kalian?”

Mereka menjawab, “Kami melihat Anda melepaskan sandal anda, maka kami pun melepaskan sandal-sandal kami.”

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ جِبْرَائِيْلَ أَتَانِي فَأَخْبَرَنِي أَنَّ فِيْهِمَا قَذَرًا

“Sesungguhnya Jibril datang kepadaku lalu mengkhabarkan padaku bahawa pada kedua sandalku ada kotoran/najis.”[1]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dikhabarkan oleh Jibril tentang adanya kotoran pada kedua sandal beliau. Beliau kemudian melepaskan keduanya di tengah solat tanpa mengulang solat yang telah dikerjakan saat masih memakai dua sandal yang terdapat najis tersebut.

Perbuatan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ini menunjukkan bahawa ketika seorang muslim solat dalam keadaan tidak menyadari pada pakaiannya ada najis dan baru mengetahuinya setelah selesai solat, tidak diwajibkankan baginya mengulang solat kerana dia dalam posisi beruzur, dan solatnya saat itu sah.

Dari sini ulama membezakan antara najis dan janabah atau hadas kecil atau hadas besar. Jika seseorang solat dalam keadaan junub (berhadas besar, –pen.), ia wajib mengulangi solatnya (setelah mandi janabah, –pen.).

Demikian pula seseorang yang solat dalam keadaan berhadas kecil (seperti buang angin, buang air kecil, atau besar, –pen.), kemudian ingat bahawa dia telah mengerjakan satu solat fardhu atau lebih dalam keadaan berhadas kecil atau besar, ia wajib mengulang solatnya.

Pernah terjadi, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah siap memimpin solat setelah diserukannya iqamah. Tatkala shaf telah lurus, beliau berkata, “Tetaplah kalian di tempat kalian!” Kemudian beliau pergi, lalu mandi (kerana janabah) dan kembali lagi. Setelah itu, beliau mengimami mereka.

Ulama memandang bahawa hadas besar dan kecil membatalkan solat. Apabila seseorang solat lalu ingat bahawa dia sedang berhadas besar atau kecil, solatnya dia batalkan[2]. Setelah (bersuci), dia mengulangi solatnya dari awal.

Adapun najis, hukumnya sebagaimana yang telah kami sebutkan.”

————–

[1] HR. Abu Dawud no. 650 dari hadits Abu Said al-Khudri radhiallahu ‘anhu; dinyatakan sahih oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan disepakati oleh adz-Dzahabi; dinyatakan sahih sanadnya oleh Ibnu Katsir dalam Tuhfah ath-Thalib hlm. 135 dan penulis Fathul Bari (1/348) menukilkan pensahihan Ibnu Khuzaimah terhadap hadits ini. tersebut.

[2] Untuk menghilangkan hadasnya dengan mandi kalau berhadas besar atau wudhu apabila berhadas kecil.

(Pertanyaan dalam kitab ‘Aun al-Bari bi Bayan Ma Tadhammanahu Syarhus Sunnah lil Imam al-Barbahari, 2/650—651)

Sumber: Link 1, Link 2

 

Advertisements
Tidak Sedar Najis Pada Pakaian Ketika Solat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s