Bolehkah Mengambil Ilmu dari Pendusta seperti Kisah Abu Hurairah dengan Syaitan
Asy-Syaikh Soleh Al-Fauzan hafizhahullah
Pertanyaan: Sebahagian ahli bid’ah berdalih dengan kisah Abu Hurairah bahawa boleh menuntut ilmu dari ahli bid’ah kerana Abu Hurairah mengambil ilmu dari syaitan?
Hadisnya sebagai berikut (–pent), Abu Hurairah menceritakan:
وَكَّلَنِي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ، فَأَتَانِي آتٍ، فَجَعَلَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ، فَقُلْتُ: لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَصَّ الحَدِيثَ، فَقَالَ: إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الكُرْسِيِّ، لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنَ اللهِ حَافِظٌ، وَلاَ يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ، وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوْبٌ، ذَاكَ شَيْطَانٌ))
“Rasulullah sallallahu alaihi was sallam menugaskan diriku untuk menjaga harta zakat di bulan Ramadhan, tiba-tiba ada seseorang datang mencuri makanan sehingga aku pun menangkapnya dan aku katakan kepadanya: “Aku benar-benar akan mengadukan dirimu kepada Rasulullah sallallahu alaihi was sallam.” Kisahnya panjang. Maka orang itu berkata: “Jika engkau berbaring di tempat tidurmu maka bacalah Ayat Kursi, kerana engkau akan selalu mendapatkan penjaga dari Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga Subuh.” Dan Nabi sallallahu alaihi was sallam bersabda: “Dia (syaitan) menyampaikan ucapan yang benar kepadamu, hanya sahaja dia pendusta. Dia adalah syaitan.”
(Lihat Sahih Al-Bukhary no. 5010 –pent)
Jawapan: Abu Hurairah mengambil ilmu dari Rasulullah sallallahu alaihi was sallam, bukan mengambilnya dari syaitan (Asy-Syaikh tertawa –pent).
Rasulullah sallallahu alaihi was sallam yang mengkhabarkan hal itu dan Abu Hurairah tidak mengambil berita tersebut dari syaitan dan tidak bersandar kepada ucapan syaitan, tetapi hanya bersandar kepada perkataan Rasulullah sallallahu alaihi was sallam:
صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوْبٌ.
“Dia (syaitan) menyampaikan ucapan yang benar kepadamu, hanya saja dia pendusta.”
(Merujuk pada pertanyaan pada awal teks): Ini termasuk cara pendalilan yang batil, ucapan semacam ini termasuk pendalilan yang batil.”
Arsip WSI || http://forumsalafy.net/?p=2188