Ali Bin Abi Talib radiyallahu anhu berkata,
“Janganlah kalian terburu-buru dalam menyampaikan berita serta tergesa-gesa dalam menebarkan berbagai kekejian. Jangan pula menjadi orang yang tidak mampu menyimpan rahsia dan gemar menyebarkannya. Kerana sungguh, di belakang kalian menanti malapetaka yang teramat dahsyat, kesempitan hidup, kekejian, azab yang pedih, seksaan berat yang melelahkan dan melemahkan, di mana manusia menjadi sangat ketakutan dan dibuat sengsara kerananya, yang diikuti oleh fitnah yang besar, berat dan berkepanjangan.”
Syarah Shahih Al-Adabul Mufrad, 1/421 – 422, Rasysyul Barad Syarh Al-Adabul Mufrad hal. 172-173