Ada satu faedah menarik dari Syaikh Ibnu ‘Utsaimin dalam menjelaskan satu hadis dalam kitab Bulughul Maram, yaitu hadis Fathimah binti Qais ketika meminta pendapat kepada Rasulullah, siapakah yang sebaiknya ia terima lamarannya di antara Mu’awiyah dan Abu Jahm? Ketika itu beliau bersabda:
وأما معاوية فصعلوك لا مال له
“.. Adapun Mu’awiyah, maka ia seorang yang miskin.”
Padahal di kemudian hari, Mu’awiyah menjadi raja dan termasuk khalifah yang kaya dan berharta banyak.
Perhatikan bahawa di sini Rasulullah hanya menghukumi apa yang ada saat itu terjadi, yakni bahawa Mu’awiyah miskin, Beliau bukan menghukumi kemungkinan yang akan terjadi di masa depan.
Sehingga boleh ditarik kesimpulan bahawa kita hanya diperintahkan untuk menilai apa yang terjadi di saat sekarang, dan tidak dibebankan untuk menerawang masa depan dalam hal memilih pendamping hidup.
Maka, bagi lelaki, carilah wanita solehah. Bagi perempuan, carilah lelaki yang soleh. Itu lebih baik daripada menikahi wanita/lelaki yang tidak soleh/solehah dengan alasan ingin membimbingnya ke jalan yang lebih baik. Kerana kita tidak tahu masa depan, apakah kita yang akan membawanya menjadi lebih baik, atau kita yang malah akan terbawa ke arah yang buruk. Dan kejadian semacam ini tidak sedikit, niatnya menikahi untuk mengajak ke jalan yang benar, malah dia yang terpengaruh sehingga kualiti agamanya menurun.
Wallahu a’lam.
Demikian kami ringkas dengan sedikit penambahan dari penjelasan beliau. Untuk lebih lengkapnya bisa di lihat di kitab Fathu Dzi Jalali wal Ikram, jilid 4, halaman 518-519. BB sakinah group 🌎wa salafy magelang