Pembahagian Islam Menjadi Inti dan Kulit

Fatwa Asy Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali Hafizhahullah Ta’ala

Soal: Bagaimana membantah orang yang menyangka bahawa Islam terbahagi menjadi lub (inti) dan qusyur (kulit)?

[Fatawa fil Aqidah Walmanhaj (al-Halaqatul ula)]
[Mauqi’ asy-Syaikh ‘alal internet fatwa no. 13]

Jawapan: Ini yang dikatakan oleh kebanyakan manusia dalam rangka merendahkan manhaj salaf dan meremehkan tauhid! Mereka memandang bahawa tauhid adalah qusyur (kulit agama)!

Al-Ghazali menegaskan hal ini pada muqaddimah kitabnya “As-Sunnah An-Nabawiyah Baina Ahlil Fiqh Wa-ahli Hadis”. Dia mengatakan: ‘Mereka sibuk bergantungan (mengurusi perkara-perkara) kulit.” Dia tahu bahawa mereka berjalan di atas tauhid dan as-Sunnah. Dalam keadaan demikian, dia sifati mereka dengan sibuk bergantungan (mengurusi perkara-perkara) kulit.

Apapun keadaannya, ini adalah pembahagian yang buruk, kesesatan yang jelas, dan penghinaan terhadap pokok sisi-sisi ajaran Islam! Islam seluruhnya inti. Inti dari inti agama islam adalah tauhid. Adapun selain tauhid, seluruhnya adalah inti (bukan kulit, pen). Walhamdulillah. Kami katakan:

الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً أَفْضَلُهَا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ

“Iman ada tujuh puluh sekian cabang. Cabang iman yang paling utama adalah ucapan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

‘Tiada ilah (sesembahan) yang hak selain Allah.’ Dan cabang iman yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan.” [H.R. Al-Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu]

Kita tidak boleh meremehkan sedikitpun sunnah (ajaran) Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Setiap sunnah dari sekian ajaran Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan setiap ketentuan syariat dari sekian syariatnya yang terkait dengan satu sisi dari sekian sisi kehidupan, memiliki kedudukan yang tinggi di hadapan kita. (Wajib bagi kita untuk) memuliakan dan menjunjungnya. Bahkan sufiyah, mereka memandang bahawa sesiapa yang melecehkan satu Sunnah (ajaran Nabi sallallahu ‘alihi wasallam, pen) dari sekian perkara sunnah/mustahabah, dia kafir.

Orang semacam ini, jika mengatakan bahawa hal tersebut adalah qusyur (kulit agama) dalam rangka menghina/melecehkan agama Islam, dia kafir.

Sumber: Fatawa Fadhilatisy Syaikh Rabi’ al-Madkhali 1/507-508

Alih bahasa: Abu Bakar Abdullah bin Ali Al-Jombangi

Santri Pondok Pesantren Darul Hadis Fiyus, Lahj, Yaman
Ghafarallahu waliwalidaihi walijami’il muslimin

Jumat, 11 Jumadats Tsaniyah 1435H
Sumber : http://forumsalafy.net/?p=2649

Advertisements
Pembahagian Islam Menjadi Inti dan Kulit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s