Solat Gerhana Dilakukan Berdasarkan Ru’yah

Solat Gerhana Dilakukan Berdasarkan Ru’yah, Bukan Berdasarkan Berita Hisab Astronomi

Al-‘Allamah al-Imam ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah,

“Tidak disyari’atkan solat gerhana bagi penduduk sebuah negeri yang tidak terjadi padanya gerhana.

Kerana Rasulullah — sallallahu ‘alaihi wa sallam — mengkaitkan perintah solat gerhana dan yang terkait bersamanya, dengan ru’yah (terlihatnya) gerhana.

Bukan berdasarkan khabar/berita dari ahli hisab/astronomi bahawa akan terjadi gerhana,   atau akan terjadi gerhana di daerah lain.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,

{وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا}

“Apa yang diperintahkan oleh Rasul maka ambillah, dan apa yang dilarang maka tinggalkanlah.” (al-Hasyr : 7)

Allah Subhanahu juga berfirman,

{لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ}

“Sungguh telah ada pada diri Rasulullah suri tauladan yang baik untuk kalian.” (al-Ahzab: 21)

Beliau — Sallallahu ‘alaihi wa Sallam — melaksanakan solat gerhana hanyalah ketika gerhana (benar-benar) terjadi di Madinah dan disaksikan/dilihat oleh manusia (yang tinggal di Madinah, pen). Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,

{فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ}

“Maka hendaknya waspada orang-orang yang menyelisihi perintahnya (yakni perintah Rasul), bahawa mereka akan tertimpa fitnah atau akan ditimpa adzab yang pedih.” (an-Nuur : 63)

Suatu yang maklum (telah diketahui) bahawa Nabi — sallallahu ‘alaihi wa sallam — adalah manusia yang paling berilmu dan paling besar dalam memberikan nasihat, dan beliau adalah penyampai dari Allah akan hukum-hukum-Nya.

Kalau seandainya solat gerhana itu disyari’atkan berdasarkan berita/khabar dari para ahli hisab/astronomi, atau kerana terjadi gerhana di daerah atau kawasan lain yang tidak mampu melihatnya kecuali penduduk daerah/kawasan lain itu sendiri, nescaya Nabi akan menjelaskannya dan membimbing umat kepadanya.

Ketika Nabi tidak menjelaskannya, bahkan menjelaskan sebaliknya dan membimbing umatnya untuk bersandar kepada ru’yah gerhana, maka dengan itu diketahui bahawa :

Solat gerhana tidak disyari’atkan kecuali bagi yang melihat gerhana atau terjadi di negerinya.”

📚 Majmu’ Fatawa 13/31

قال الشيخ ابن باز رحمه الله كما في مجموع فتاويه (13/31) :

” لا يشرع لأهل بلد لم يقع عندهم الكسوف أن يصلوا ؛ لأن الرسول صلى الله عليه وسلم علق الأمر بالصلاة ، وما ذكر معها برؤية الكسوف لا بالخبر من أهل الحساب بأنه سيقع ، ولا بوقوعه في بلد آخر ، وقد قال الله عز وجل: {وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا} وقال سبحانه: {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ} وهو صلى الله عليه وسلم إنما صلى صلاة الكسوف لما وقع ذلك في المدينة وشاهده الناس ، وقال عز وجل: {فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ}.

ومعلوم أنه صلى الله عليه وسلم هو أعلم الناس وأنصح الناس ، وأنه هو المبلغ عن الله أحكامه ، فلو كانت صلاة الكسوف تشرع بأخبار الحسابيين ، أو بوقوع الكسوف في مناطق أو أقاليم لا يشاهدها إلا أهلها ، لبين ذلك وأرشد الأمة إليه، فلما لم يبين ذلك ، بل بين خلافه ، وأرشد الأمة إلى أن يعتمدوا على الرؤية للكسوف علم بذلك أن الصلاة لا تشرع إلا لمن شاهد الكسوف أو وقع في بلده “.

Majmu’ah Manhajul Anbiya
Join Telegram https://bit.ly/ManhajulAnbiya
Situs Resmi http://www.manhajul-anbiya.net

Advertisements
Solat Gerhana Dilakukan Berdasarkan Ru’yah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s