Syaikh Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah
Soalan: Anda menyebutkan terkait dengan keutamaan doa atau mengangkat kedua tangan ketika berdoa, bahawa dahulu keadaan salaf, para sahabat dan ulama berdoa sebelum salam. Lalu masalah mengangkat kedua tangan sesudah solat, apakah demikian juga dilakukan dalam solat wajib atau sunnah? Apa yang utama bagi seseorang mengangkat kedua tangannya atau tidak?
Jawapan: Barakallahu fiik. (semoga Allah memberkatimu) Pada dasarnya jangan Anda bertanya tentang mengangkat kedua tangan sesudah solat, namun tanyalah tentang doa sesudah solat, disyariatkan ataukah tidak?
Kami katakan: Hal itu tidak disyariatkan, kerana Allah ta’ala berfirman:
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ [النساء: 103]
“Selanjutnya, apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, berzikirlah (ingatlah) Allah.” [An-Nisa’: 103]
Allah tidak berfirman: Berdoalah, sehingga tidak ada tempat untuk berdoa setelah solat, tempat doa itu sebelum solat kerana Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam mengetahui para sahabat bertasyahhud, maka Beliau pun bersabda: “Kemudian hendaknya berdoa dengan apa yang dia kehendaki.”
Beliau menjadikan doa sebelum solat dan mewasiatkan kepada Muadz Radhiyallahu ‘anhu untuk mengucapkan setelah tasyahhud akhir sebelum salam:
“Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik”- “Ya Allah tolonglah aku untuk mengingat-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.”
Ini doa. Kemudian, sesungguhnya maksud yang dikehendaki dari hal ini yakni seseorang itu selama solat, dia sedang bermunajat (berbisik-bisik) kepada Allah ta’ala dan ketika selesai solat berakhirlah munajatnya. Maka apa yang lebih utama Anda berdoa dalam keadaan Anda bermunajat kepada Allah atau setelah selesai bermunajat? Yang pertama lebih utama. Dan tidak ada bezanya antara solat wajib dan sunnah.
Penanya: Bagaimana dengan hadis bahawa doa itu tidak tertolak antara azan dan iqamah?
Syaikh: Ya. Benar, Anda hendak berdoa setelah solat sunnah yang ada sebelum iqamah bukan kerana doa itu setelah solat sunnah namun kerana itu tempat dikabulkannya doa. Yang seperti ini tidak mengapa. Angkatlah tanganmu hingga iqamah solat.
Penanya: Meskipun seseorang itu berdoa sebelum salam kemudian melanjutkan berdoa dengan lama?
Syaikh: Tidak mengapa, yang demikian itu masuk dalam hadit.
[Fatawa Ibnu ‘Utsaimin, 15/216]
حكم الدعاء بعد الصلاة
للشيخ العثيمين رحمه الله
[ السؤال ]
ذكرت بالنسبة لقضية الدعاء أو رفع اليدين عند الدعاء أن حال السلف والصحابة وأهل العلم في ذلك أنهم كانوا يدعون قبل السلام، فقضية رفع اليدين بعد الصلاة هل هذا في الفريضة والنافلة كذلك، هل الأفضل أن للإنسان أن يرفع يديه أم لا؟
[ الجواب ]
بارك الله فيك، أصلاً لا تسأل عن رفع اليدين بعد الصلاة، اسأل عن الدعاء بعد الصلاة هل هو مشروع أم لا؟
نقول: هو غير مشروع؛ لأن الله قال:
« فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ » [النساء: 103]
ما قال: فادعوا، فلا محل للدعاء بعد الصلاة، محل الدعاء قبل السلام؛ لأن النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم كان يعلم أصحابه التشهد ويقول: ثم يدعو بما يشاء،
فجعل الدعاء قبل السلام، وأوصى معاذاً رضي الله عنه أن يقول بعد التشهد الأخير قبل السلام:
« اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك »
وهذا دعاء، ثم إن المعنى يقتضي هذا، الإنسان ما دام يصلي فهو يناجي الله، وإذا انصرف من الصلاة انتهت المناجاة، فهل الأولى أن تدعو وأنت تناجي الله، أو بعد أن تنصرف من المناجاة؟ الأول أولى، ولا فرق بين الفريضة والنافلة.
السائل: حديث الدعاء بين الأذان والإقامة لا يرد؟
الشيخ: نعم. صحيح، تريد أن تدعو بعد السنة التي قبل الإقامة لا لأنه بعد السنة ولكن لأنه محل إجابة، هذا لا بأس به، وارفع يدك إلى أن يقيم الصلاة.
السائل: ولو دعا الإنسان قبل السلام ثم استمر يدعو طويلاً؟
الشيخ: لا بأس يدخل في الحديث.
[فتاوى ابن عثيمين، 216/15]
http://www.sahab.net/forums/index.php?showtopic=122252
http://bit.ly/Al-Ukhuwwah
Edisi: مجموعة الأخوة السلفية [-MUS-]
Klik “JOIN” http://bit.ly/ukhuwahsalaf
#Fiqih #Solat #doa_sesudah_solat