Dialog Imam as-Syafi’i Bersama Seorang Murji’ah

Imam Syafi’i rahimahullah bertanya: “Dari mana kamu mengatakan bahawa amal (perbuatan) itu tidak termasuk iman?”

Seorang Murji’ah menjawab : “Dari firman Allah إن الذين أمنوا وعملوا الصالحات (Al Baqoroh : 277) maka (huruf) wau (ertinya = dan) itu adalah fasl/ pemisah antara iman dan amal, maka iman adalah ucapan, sedangkan amal adalah syari’at”.

Imam Syafi’i bertanya : “Kamu punya wau fashl (wau pemisah)?”.

Seorang Murji’ah menjawab : “Ya”.

Imam Syafi’i berkata : “Kalau begitu kamu punya dua sesembahan : sesembahan di timur dan sesembahan di barat, kerana Allah subhanahu wata’ala berfirman : رب المشرقين ورب المغربين (Ar Rohman: 17 )

Maka orang itu marah dan mengatakan : “Subhanallah! apakah engkau menuduhku aku sebagai penyembah berhala?”

Imam Syafi’i mengatakan: “Bahkan kamu yang menjadikan dirimu seperti itu”.

Orang Murji’ah berkata : “Kenapa?”

Imam Syafi’i berkata: “Kamu menganggap wau itu adalah pemisah”

Orang Murji’ah : “Sungguh aku meminta ampun kepada Allah dari apa yang telah aku katakan, bahkan aku tidak akan menyembah kecuali kepada Rabb yang satu, dan aku tidak akan mengatakan lagi setelah hari ini ‘Bahawa wau adalah pemisah (antara ucapan dan amalan)’ akan tetapi aku katakan ‘Sesungguhnya iman itu adalah ucapan dan amalan, bertambah dan berkurang”.

Sumber : kitab Hilyatul aulia’ wa thobaqotul ashfiya’ li Abi Nuaim Al Asbahani (9/110)📚

Alih bahasa : Abu Ukkasyah Qomarudin As Syrbony

حفظه الله تعالى

dari Majmuah Al Barokatu Ma’a Akabirikum

🍂🍂للأهمية🍂🍂

💎مناظرة الإمام الشافعي لأحد المرجئة،💎

✏:قال الإمامز الشافعي: ومن أين قلت إن العمل لا يدخل في اﻹيمان؟

قال المرجئ: من قوله تعالى: {{ إن الذين ءامنوا وعملو الصالحات}} (البقرة277)؛
فصار الواو فصلا بين الإيمان والعمل، فالإيمان قول، والأعمال شرائع.

*فقال الشافعي: وعندك الواو فصل؟

قال المرجئ نعم.

فقال الشافعي: فإذا كنت تعبد إلهين: إله في المشرق، وإله في المغرب، لأن الله تعالى يقول: {{رب المشرقين ورب المغربين}}،

فغضب الرجل، وقال: سبحان الله! أجعلتني وثنيا.

فقال الشافعي: بل أنت جعلت نفسك كذلك.

قال: كيف؟

قال: بزعمك أن الواو فصل.

فقال الرجل: فإني أستغفر الله مما قلت، بل لا أعبد إلا ربا واحدا، ولا أقول بعد اليوم: إن الواو فصل، بل أقول: أن الإيمان قول وعمل، ويزيد وينقص.

📚المصدر : كتاب حلية الأولياء وطبقات
الأصفياء لأبي نعيم الأصبهاني ( 110/9)📚

=======================

📀 WhatsApp Salafy Cirebon

=====================

Advertisements
Dialog Imam as-Syafi’i Bersama Seorang Murji’ah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s