Zakat Fitri Dengan Wang

Fadhilatus Syaikh Ibnu ‘Utsaimin رحمه اللّٰهُ تعالى:

Soalan: Apakah boleh mengeluarkan zakat fitri dengan wang? Dan apabila jawapannya tidak boleh maka apa alasannya? Disertai dalil-dalil dalam masalah ini dan perlu diketahui bahawa sebahagian mereka memfatwakan boleh pada negeri yang sedikit padanya ulama yang mumpuni?

Jawapan: Tidak boleh mengeluarkan (zakat dengan) nilai bahan makanan, kerana yang demikian menyelisihi apa yang telah diperintahkan rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam dan telah sahih dari beliau sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawasanya beliau bersabda:

{من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو ردّ} وفي رواية: {من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد}

“Barangsiapa melakukan amalan yang tidak ada padanya perkara (contoh) kami maka tertolak.” Dan dalam riwayat lain: “Barangsiapa membuat-buat dalam perkara (agama) kami ini apa yang bukan bahagian darinya maka tertolak”.

Hadis riwayat Muslim dan asalnya di dalam sahih Bukhari-Muslim, dan makna rodd adalah tertolak, kerana mengeluarkan nilainya (wang) menyelisihi amalan para sahabat radhiallahu ‘anhum, di mana mereka mengeluarkannya dengan satu sha’ dari bahan makanan, dan nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

{عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي}

“(Wajib) atas kalian berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para khalifah yang lurus lagi mendapatkan petunjuk sepeninggal aku”.

Dan dikeranakan zakat fitri adalah ibadah yang wajib dari jenis yang telah ditetapkan maka tidak dibenarkan dikeluarkan dari selain jenis yang telah ditetapkan, sebagaimana tidak boleh dikeluarkan pada waktu yang sudah ditetapkan, dan kerana nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetapkannya dari jenis-jenis yang berbeza-beza dan nilainya pun berbeza-beza pada umumnya, sehingga jika sekiranya nilai suatu jenis ditentukan tentulah yang wajib adalah satu sho’ dari suatu jenis, dan apa yang sebanding dalam nilainya dari jenis-jenis yang lain.

Dan dikeranakan dikeluarkannya nilai (harga) akan mengeluarkan zakat fitri dari kondisi bentuk gandum yang nyata menjadi sedekah yang samar, kerana mengeluarkan zakat dengan satu sho’ dari bahan makanan akan menjadikan zakat fitri menjadi tampak (jelas) ditengah-tengah kaum muslimin, dan dikenal oleh anak-anak dan orang dewasa, mereka dapat menyaksikan takarannya, dan pembahagiannya, dan mereka akan saling mengenalnya di antara mereka, berbeza jika dengan dirham (wang) yang dikeluarkan oleh seseorang menjadi samar antara dia dengan yang mengambilnya.

Majmu’ Fatawa (18/283), Fatawa Zakat Al-Fitr, halaman: 20.

Alih Bahasa: Muhammad Sholehuddin Abu ‘Abduh عَفَا اللّٰهُ عَنْهُ.
WA Ahlus Sunnah Karawang.

Advertisements
Zakat Fitri Dengan Wang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s