Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah
Pertanyaan:
“Apakah boleh menyembelih haiwan korban di negara lain? Contoh berencana menyembelih di Afrika.”
Jawaban: “Menyembelih haiwan korban dilakukan di negara tempat tinggal penyembelihnya. Inilah yang sesuai sunnah, inilah yang disyariatkan, juga lebih afdhal dan lebih sempurna.
Adapun memindahkan penyembelihannya ke negara lain. Jika kita berpendapat wajibnya memakan dari daging korban, maka bererti memindahkan korban ke negara lain tidak boleh dilakukan, kecuali jika kita mampu menjamin bahawa daging korbannya akan didatangkan kepada kita sehingga kita boleh memakan darinya.
Jika kita berpendapat tidak wajib memakan daging haiwan korban kita, maka bererti boleh (memindahkan korban ke negara lain) namun itu melanggar bimbingan sunnah.
Oleh kerana itu, kami selalu mengulang-ulang mengingatkan saudara-saudara kami untuk tidak melakukannya, yakni jangan mengirim haiwan korban kalian ke luar daerah tempat tinggal kalian. Namun sembelihlah di rumah dan di tengah keluarga kalian, sehingga tampaklah syi’ar Islam ini, dan anak-anak kecil mengenal syi’ar ini dari orang-orang dewasanya.
Adapun jika engkau mengirim wang dan disembelih haiwan korban di negara lain, maka jangan dilakukan. Jika memang dia ingin memberi manfaat kepada saudara-saudaranya di negara lain, silakan dia mengirim sejumlah wang. Kerana boleh jadi wang lebih bermanfaat bagi mereka daripada daging korban.
Continue reading at https://manhajul-anbiya.net/menyembelih-haiwan-korban-di-negara-lain-2/ | Manhajul Anbiya