Abdullah Bin Zubair radiyallahu anhu, apabila mendengar petir, beliau akan berhenti bercakap lalu membaca:
(ِسُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِه)
“Maha Suci Allah yang mana petir dan para malaikat bertasbih memujiNya kerana rasa takut kepadaNya.”
Kemudian beliau berkata, “Sesungguhnya ini merupakan suatu amaran keras (daripada Allah) kepada penduduk bumi.”
HR al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad