Jejaklah Kakimu Pada Bumimu

Al-Hasan Al-Basri rahimahullah berkata,

“Wahai Anak Adam, jejaklah kakimu pada bumimu, dan ketahuilah ia akan menjadi kuburmu kelak.”

Abee Shaybah, 7/237

Jejaklah Kakimu Pada Bumimu

Menjaga Hati

Berkata Al-Imam Al-Hasan Al-Basri rahimahullah,

إن القلوب تموت وتحيا ؛ فإذا هي ماتت فاحمِلُوها على الفرائض ،فإذا هي أُحْيِيَتْ فأدبوها بالتطوع

“Sejatinya hati boleh mati dan hidup, dan apabila hati itu mati, maka bawalah ia kepada amalan-amalan yang wajib, dan apabila hati itu telah dihidupkan semua maka didiklah ia dengan amalan-amalan sunnah.”

Az-Zuhd, Imam Ahmad bin Hanbal (216)

Continue reading “Menjaga Hati”

Menjaga Hati

Wasiat Emas Al-Hasan al-Basri

Berkata Imam Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah,

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau akan mati bersendirian, dan akan dibangkitkan bersendirian, dan akan dihisab bersendirian.

Wahai anak Adam! Sekiranya manusia semuanya mentaati Allah, dan engkau berbuat maksiat maka ketaatan mereka tidaklah akan bermanfaat bagimu, dan sekiranya mereka bermaksiat kepada Allah sedangkan engkau taat maka kemaksiatan mereka tidak akan memudharatkanmu.

Wahai anak Adam! Jagalah agamamu, jagalah agamamu; kerana agama adalah darah dagingmu, jika selamat agamamu maka selamat pula darah dagingmu, namun jika selain itu, maka berlindunglah kepada Allah darinya; kerana dia (darah dagingmu) menjadi api yang tidak terpadamkan, jasad yang tidak akan lapuk, dan jiwa yang tidak akan pernah mati.

Az-Zuhd, Al-Hasan Al-Bashri, 23. Continue reading “Wasiat Emas Al-Hasan al-Basri”

Wasiat Emas Al-Hasan al-Basri