Dalam Tarikh Ad Dimasyqi karya Ibnu Asakir disebutkan bahwa Muhammad bin Abi Raja’ berkata,
أخبرني رجل من أهل الكوفة قال تزوج عمران بن حطان امرأة من الخوارج ليردها عن دينالخوارج فغيرته إلى رأي الخوارج وكانت من أجمل الناس وأحسنهم عقلا وكان عمران من أسمح الناس وأقبحهم وجها فقالت له ذات يوم اني نظرت في أمري وأمرك فإذا أنا وأنت في الجنة قال وكيف قالت لأني أعطيت مثلك فصبرت وأعطيت مثلي فشكرت فالصابر والشاكر في الجنة.
Salah seorang penduduk kota Kufah mengkhabarkan kepadaku bahawa Imran bin Hitton menikahi wanita khawarij (aliran sesat pemberontak, teroris) untuk mengembalikan wanita tersebut dari pemahaman khawarij. Akan tetapi, wanita itulah yang justeru mengubah Imran menjadi khawarij.
Wanita tersebut merupakan wanita yang paling cantik dan paling cerdas otaknya, sedangkan Imran adalah manusia paling ramah dan paling buruk rupanya. Lalu, suatu hari wanita tersebut berkata pada Imran: “Sesungguhnya aku telah merenungkan permasalahanku dan permasalahanmu. Maka aku berkesimpulan bahawa kita berdua nescaya akan berada di syurga.”
Imran bertanya, “Bagaimana?”
Wanita itu menjawab, “Itu kerana aku mendapat suami sepertimu yang buruk rupa, lalu aku bersabar. Sementara dirimu mendapat isteri sepertiku yang cantik, lalu engkau besyukur. Orang yang sabar dan orang yang bersyukur adalah penghuni syurga.”
Tarikh Ad Dimasyqi karya Ibnu Asakir