Kesabaran Orang Soleh

Tsabit Al-Bunaaniy, berkata: “Dahulu ketika Shilah Bin Asyyam sedang makan, datanglah seorang lelaki kepadanya dan berkata; “Saudaramu meninggal dunia”.

Shilah menjawab, “Jangan kamu kira ini khabar baru bagiku, sungguh aku telah diberitahu sebelumnya, duduklah kamu dan makanlah!”.

Lelaki itu merasa hairan, dan berkata; ‘Tiada seorang pun yang mendahuluiku membawa khabar ini kepadamu!’,

Shilah menjawab, : “Allah telah berfirman: “Sesungguhnya engkau akan mati dan mereka pun akan mati pula”. (Az Zumar: 30)

Dikutip oleh seorang penuntut ilmu, Abu Hamzah Yusuf dari (Mukhtashar Raudhatul ‘Uqala, hal 121-122).

WhatsApp Salafy Indonesia

Advertisements
Kesabaran Orang Soleh