Syiar Utama Ahlus Sunnah

Abu al-Muzhaffar as-Sam’ani rahimahullah,

“Kita diperintah dan diseru/diajak untuk berittibba’, kita juga dilarang dan diperingatkan keras dari membuat perkara baru (bid’ah). Syi’ar Ahlus Sunnah adalah mengikuti Salafush Shalih dan meninggalkan setiap orang membuat bid’ah dan perkara baru.”

al-Intishar li Ahli al-Hadits

قال أبو مظفر السمعاني -رحمه الله-:
«إنا أمرنا بالاتباع، وندبنا إليه. ونهينا عن الابتداع، وزجرنا عنه. وشعار أهل السنة اتباعهم للسلف الصالح. وتركهم كل ما هو مبتدع محدث».

الانتصار لأهل الحديث

Majmu’ah Manhajul Anbiya
Join Telegram https://tlgrm.me/ManhajulAnbiya
Situs Resmi http://www.manhajul-anbiya.net

Advertisement
Syiar Utama Ahlus Sunnah

Tidak! Walaupun Satu Ayat

Dari Asma bin ‘Ubaid, ia berkata:

دَخَلَ رَجُلاَنِ مِنْ أَصْحَابِ الأَهْوَاءِ عَلَى ابْنِ سِيرِينَ فَقَالاَ : يَا أَبَا بَكْرٍ نُحَدِّثُكَ بِحَدِيثٍ؟ قَالَ : لاَ. قَالاَ : فَنَقْرَأُ عَلَيْكَ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ؟ قَالَ : لاَ ، لَتَقُومَانِ عَنِّى أَوْ لأَقُومَنَّ. قَالَ : فَخَرَجَا فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ : يَا أَبَا بَكْرٍ وَمَا كَانَ عَلَيْكَ أَنْ يَقْرَآ عَلَيْكَ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ تَعَالَى؟ قَالَ : إِنِّى خَشِيتُ أَنْ يَقْرَآ عَلَىَّ آيَةً فَيُحَرِّفَانِهَا فَيَقِرُّ ذَلِكَ فِى قَلْبِى

Dua orang ahlul ahwa datang kepada Ibnu Sirin, mereka berdua berkata: “Wahai Abu Bakr, kami akan membacakan kepadamu satu hadis!” Ibnu Sirin berkata: “Tidak!”, mereka berdua berkata: “Kalau begitu kami akan membacakan kepadamu satu ayat dari Kitabullah?” Ibnu Sirin berkata: “Tidak! Pergilah kalian dariku, atau aku yang pergi!” (Asma bin ‘Ubaid) berkata: Maka mereka berdua keluar, lalu beberapa orang bertanya:

“Wahai Abu Bakr, kenapa engkau (tidak mahu) ketika mereka akan membacakan kepadamu satu ayat dari Kitab Allah ta’ala?” Ibnu Sirin menjawab: “Aku khawatir mereka berdua akan membacakan kepadaku sebuah ayat, lalu mereka menyimpangkannya, kemudian hal itu (penyimpangan tersebut) akan menetap di hatiku.”

Diriwayatkan ad-Darimi dalam Sunan-nya (397), lihat Siyar A’lamin Nubala (11/285)

Tidak! Walaupun Satu Ayat

Ahli Hadis Sebaik-baik Perkumpulan

 

Berkata Ibrahim al-Harbi rahimahullah,

“Aku tidak tahu perkumpulan yang lebih baik dari para ahli hadis. Tidak lain salah satu di antara mereka berpagi-pagi dan tempat tinta bersamanya. Lalu dia bertanya, ‘Bagaimana Rasulullah salallahu alaihi wasalam berbuat? Bagaimana beliau solat?’ Hati-hatilah kalian dari bermajlis dengan ahli bid’ah kerana sesungguhnya jika seseorang mendatangi bid’ah, dia tidak akan beruntung.”

Siyar A’laam An-Nubalaa

قال إبراهيم الحربي:

“لا أعلم عصابة خير من أصحاب الحديث، إنما يعدو أحدهم ومعه محبرة، فيقول كيف فعل النبي صلى الله عليه وسلم، كيف صلى، وإياكم أن تجلسوا إلى أهل البدعة، فإن الرجل إذا أقبل ببدعة ليس يفلح.”

Ahli Hadis Sebaik-baik Perkumpulan