Siapakah Kumpulan Haddadiyyah?

Siapakah (sekte) Haddadiyyah itu? Dan kepada siapa mereka dinisbatkan?

Haddadiyyah: Mereka adalah sebuah jamaah yang dinisbatkan kepada seseorang yang bernama Mahmud Al-Haddad.

Al-‘Allamah An-Najmi rahimahullah menjelaskan manhaj jemaah ini dengan mengatakan :

“Perlu diketahui, bahwasanya (sekte) haddadiyyah yang tampak dari perkataan mereka adalah pengkafiran hanya dengan sebab satu bid’ah.

Kerana mereka mengatakan, “Barangsiapa dari kalangan ulama yang ada padanya satu bid’ah (sahaja) maka wajib bagi kita untuk tidak mendoakan rahmat atasnya, dan tidak membaca kitab-kitabnya. Bahkan sungguh barangsiapa yang ada padanya satu bid’ah sahaja maka kitab-kitabnya wajib dibakar.”

Dan sungguh mereka telah membakar kitab Fathul Bari berdasarkan pengakuan mereka. Dan hal itu berdasarkan khabar dari orang yang tsiqah (terpercaya), (yang mana) mereka telah mengaku di hadapan orang tersebut.”

📚 Al-Fatawa Al-Jaliyyah jilid 2 : 168

Continue reading “Siapakah Kumpulan Haddadiyyah?”

Advertisement
Siapakah Kumpulan Haddadiyyah?

Jadilah Orang-orang yang Cerdas

Asy-Syaikh al-‘Allamah Rabi’ bin Hadi al-Madkhali hafizhahullah,

“Pihak yang berbuat makar terhadapmu tidak akan menjelaskan kepadamu maksud dan tujuannya, tidak pula hakikatnya. Namun dia akan menampakkan kepadamu pakaian Islam.

Sebagaimana telah berpakaian dengannya Abdullah bin Saba’, al-Mukhtar bin Abi Ubaid, Abu Muslim al-Khurasani, ‘Ubaidullah asy-Syii’i, Ali bin Fadhl, Mushthafa Attaturk, dan orang-orang semisal mereka.

🏻Ketika mereka ingin menghancurkan Islam, mereka berpakaian dengan baju Islam. Membunuh Islam dengan pedang Islam. Jadilah kalian orang-orang cerdas, janganlah jadi orang-orang bodoh!

Para musuh justeru membimbing kalian untuk menghancurkan dan merosakkan Islam dengan tangan-tangan kalian sendiri, dan menghancurkan aqidah kalian dengan tangan-tangan kalian sendiri.”

Marhaban Ya Thalib al-‘Ilmi, hal. 381

Continue reading “Jadilah Orang-orang yang Cerdas”

Jadilah Orang-orang yang Cerdas

Tidak Berbicara Masalah Hakikat Rabb

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Dan ketahuilah semoga anda dirahmati Allah, sesungguhnya berbicara masalah yang berkaitan dengan hakikat Rabb merupakan kebid’ahan dan kesesatan. Tidak boleh berbicara soal Rabb kecuali dengan sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran dan dijelaskan oleh Rasulullah kepada para sahabatnya dan Ia adalah satu, sebagaimana firman Allah: “Tiada sesuatupun yang serupa denganNya, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Asy-Syura:11)

Syarhus-Sunnah Al-Barbahari, poin no. 13

Tidak Berbicara Masalah Hakikat Rabb

Bid’ah Yang Kecil Kelak Membesar

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Jauhilah setiap perkara bid’ah sekecil apapun, kerana bid’ah yang kecil lambat laun akan membesar. Demikian pula kebid’ahan yang terjadi pada umat ini berasal dari perkara kecil dan remeh yang menyerupai kebenaran sehingga ramai orang terpedaya dan terkecoh, lalu mengikat hati mereka sehingga susah untuk keluar dari jeratannya dan akhirnya menjadi darah daging lalu diyakini sebagai agama. Tanpa disedari, perlahan-lahan mereka menyelisihi jalan lurus dan terkeluar dari Islam.”

Syarhus-Sunnah Al-Barbahari, poin no.7

Bid’ah Yang Kecil Kelak Membesar

Bid’ah Menghapuskan Sunnah

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Ketahuilah bahawa ketika manusia mengada-adakan suatu kebid’ahan pasti mereka meninggalkan sunnah yang serupa dengannya. Hati-hatilah dari setiap perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap kebid’ahan adalah sesat dan setiap kesesatan dan pelakunya berada di Neraka.”

Syarhus-Sunnah Al-Barbahari, poin no.6

Bid’ah Menghapuskan Sunnah

Landasan dan Tolok Ukur Jamaah adalah Sahabat Nabi

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

وَالْأَسَاسُ الَّذِي تُبْنَى عَلَيْهِ الْجَمَاعَةُ، هُمْ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَحِمَهُمُ اللهُ أَجْمَعِينَ، وَهُمْ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ فَمَنْ لَمْ يَأْخُذْ عَنْهُمْ فَقَدْ ضَلَّ وَابْتَدَعَ، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ، وَالضَّلَالَةُ وَأَهْلُهَا فِي النَّارِ

“Landasan dan tolok ukur jamaah adalah para sahabat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallama semoga Allah merahmati mereka semua, mereka adalah Ahli sunnah wal jamaah, barangsiapa yang tidak mengambil kebenaran dari mereka maka ia telah memilih jalan kesesatan dan kebid’ahan. Setiap yang bid’ah adalah yang sesat dan setiap pelaku kesesatan pasti akan menjadi penghuni Neraka.”

Syarhus-Sunnah Al-Barbahari, poin no.3

Landasan dan Tolok Ukur Jamaah adalah Sahabat Nabi

Bagaimana Kamu Mengira Boleh Beristirehat?

Bagaimana Kamu Mengira Akan Boleh Beristirehat Wahai Mukmin Yang Memberikan Nasihat?! Aqidah dan Manhaj Anak-anakmu Sedang Terancam Oleh Ahlul Fitnah

Al-‘Allamah Rabi bin Hadi al-Madkhali hafizhahullah berkata,

“Bagaimana kamu mengira akan bolehnya beristirehat wahai mukmin yang memberikan nasihat, sementara kamu lihat ahlul bid’ah berbuat makar, ahlul fitan dan perosak sedang berbuat makar terhadap anak-anakmu, dalam hal aqidah dan manhaj? Bagaimana kamu akan beristirahat?! Demi Allah kita tidak boleh beristirehat!! Demi Allah terkadang kita tidak boleh tidur kerana sedih memikirkan anak-anak kita dan mengkhawatirkan mereka, akan hilang agama dan dunia mereka; jangan kalian menyangka ini sebuah keluh kesah, tidak. Demi Allah kita tidak menjelaskan (tentang kebid’ahan dan ahlil bid’ah) kecuali kerana mengharap wajah Allah Tabaraka wa Ta’ala. Kita memandang bahawa ini di antara kewajipan yang paling wajib, dan keharusan yang paling harus. Kita tegakkan ini kerana Allah rabbul ‘alamin.”

Marhaban ya Thalibal Ilmi, hal. 29-30

Majmu’ah Manhajul Anbiya
http://bit.ly/ManhajulAnbiya

Judul oleh Admin
Edisi: مجموعة الأخوة السلفية [-MUS-]
Klik “JOIN” http://bit.ly/ukhuwahsalaf

 

Bagaimana Kamu Mengira Boleh Beristirehat?

Bolehkah Memuji Ahli Bid’ah Kerana Mereka Masih Memiliki Kebaikan?

Asy-Syaikh Soleh Al-Fauzan hafizhahullah

Penanya: Apakah hukumnya orang yang memuliakan ahli bid’ah, menghormati mereka dan memuji mereka dengan menyatakan bahawa mereka masih menerapkan hukum Islam, padahal orang yang memuji mereka ini mengetahui berbagai kebid’ahan mereka. Dan pada suatu ketika pada sebuah pelajaran umum dia mengatakan: “Di samping tetap berhati-hati terhadap sebagian sikap mereka.” Yang dia maksud dengan “mereka” ini adalah para mubtadi’ itu. Atau dia mengatakan: “Kita harus menutup mata dari kesalahan-kesalahan yang ada pada mereka.” Dan ungkapan semisalnya yang menunjukkan sikap meremehkan bid’ah mereka. Perlu juga diketahui bahawa sebahagian para mubtadi’ yang dimuliakan, dipuji dan dibela oleh orang yang mengatakan ucapan ini mereka memiliki ucapan yang tertulis dan dirakam yang mana orang yang mengatakan ucapan ini mengetahui bahawa pada ucapan tersebut terdapat celaan terhadap As-Sunnah, menganggap para Sahabat sebagai orang-orang yang jahil, serta menyindir Nabi sallallahu alaihi was sallam. Maka apa hukum orang yang mengatakan ini? Dan apakah boleh mentahdzir ucapan-ucapannya ini?

Asy-Syaikh:

Tidak boleh memuliakan ahli bid’ah dan memuji mereka, walaupun pada mereka terdapat sesuatu dari kebenaran, kerana pujian dan sanjungan terhadap mereka akan menyebabkan tersebarnya bid’ah mereka, dan akan menjadikan para mubtadi’ berada dalam barisan orang-orang yang diteladani dari tokoh-tokoh ummat ini.

Baca selengkapnya di:
http://forumsalafy.net/?p=2815

Bolehkah Memuji Ahli Bid’ah Kerana Mereka Masih Memiliki Kebaikan?

Mengambil Ilmu dari Ahli Bid’ah Yang Ahli Hadis dan Fikh

Asy-Syaikh Soleh Al-Fauzan hafizhahullah

Penanya: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jika seorang penuntut ilmu mengatakan sebuah kebid’ahan dan dia menyerukannya, padahal dia seorang ahli fikih dan hadis, maka apakah perkataan bid’ahnya berkonsekwensi menjatuhkan ilmu dan hadisnya serta tidak boleh menjadikannya sebagai hujjah sama sekali?

Asy-Syaikh:

Ya, dia tidak mampu dipercaya lagi. Jika dia seorang mubtadi’ maka dia tidak mampu dipercaya lagi, demikian juga ilmunya. Juga tidak boleh belajar kepadanya, kerana jika dia diambil ilmunya maka sang murid akan terpengaruh dengan gurunya, terpengaruh dengan pengajarnya. Yang wajib adalah dengan menjauh dari ahli bid’ah. Para Salaf dahulu melarang dari duduk bermajlis dengan para mubtadi’, mengunjugi mereka, serta pergi kepada mereka. Kerana khawatir kejahatan mereka akan merembet kepada siapa saja yang bermajlis dan bergaul dengan mereka.

Sumber:
http://forumsalafy.net/?p=2803

Mengambil Ilmu dari Ahli Bid’ah Yang Ahli Hadis dan Fikh