Rosaknya Anak Kerana Terabainya Didikan

Al Imam Ibn Qayyim Rahimahullah berkata:

“Kebanyakan kerosakan anak justeru disebabkan oleh orang tuanya dan kurangnya perhatian orang tua terhadap anak. Anak tidak diajari kewajiban ataupun sunnah dalam agama. Mereka sia-siakan si anak semasa kecilnya,sehingga tidak mampu memberi manfaat bagi dirinya sendiri, mahupun bagi orang tuanya disaat orang tuanya telah renta. Ada orang tua mencela anaknya kerana kedurhakaannya. Si anak pun menukas, ‘Wahai,Ayah! Dahulu engkau berbuat derhaka padaku sewaktu aku masih kecil, maka sekarang aku menderhakaimu saat engkau telah tua.”

Faidah dari Majalah asy syariah no.100/IX/1435 H/2014 hal.97)

Advertisement
Rosaknya Anak Kerana Terabainya Didikan

Membebaskan Diri dari Kezaliman Pemimpin

As-Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albaani rahimahullaah berkata,

“Cara untuk membebaskan diri daripada kezaliman para pemimpin adalah para Muslim perlu bertaubat kepada Allah dan memperbetulkan Aqidah mereka, dan untuk melatih diri mereka dan keluarga mereka agar berada di atas Islam yang benar. Dan cara untuk membebaskan diri daripada kezaliman mereka bukanlah sebagaimana sangkaan sebahagian manusia iaitu revolusi bersenjata terhadap pemerintah dengan pemberontakan ketenteraan.

Sedangkan ia adalah Bid’ah pada zaman kami ini serta penentangannya terhadap banyak nas-nas Shari’ah di mana dalamnya terhadap perintah agar mengubah diri mereka sendiri dan perlunya membetulkan prinsip untuk membina asas demi pembinaan di atasnya.”

‘Qamoos al-Bida’ ms.767

Membebaskan Diri dari Kezaliman Pemimpin

Anak Itu Rahsia Bapanya

Al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah melihat anaknya mengusap piring timbangan dengan hujung bajunya.

Lalu dia bertanya: “Mengapa?” Maka si anak menjawab: “Supaya saya tidak ikut menimbang debu jalanan untuk kaum muslimin”.

Maka menangislah Al-Fudhail, sambil berkata: “Wahai anakku, sesungguhnya perbuatanmu ini bagiku lebih bagus dari dua haji dan dua puluh umrah!”

Renungkanlah faedah di atas, betapa besar faedah dari sifat kejujuran. Seseorang menjadi ‘kadzib’/pendusta, atau sebaliknya menjadi ‘sadiq’/jujur tergantung tarbiyyah kedua orang tuanya sejak kecil.

Diterjemahkan:
Ummu Abdillah binti Ali Bahmid عفا الله عنهما
WA.Tarbiyatul Aulaad
BILAAD

Anak Itu Rahsia Bapanya