Larangan Duduk Bersama Ahli Bid’ah

قيل للإمام الأوزاعي إن رجلاً يقول:أنا أجالس أهل السنة وأجالس أهل البدع فقال الأوزاعي:هذا رجل يريد أن يساوي بين الحق والباطل

Dikatakan kepada Al-Imam Al-Auzai rahimahullah bahawa seorang lelaki berkata, “Aku bermajlis bersama ahli sunnah dan ahli bid’ah.” Maka beliau (al-Auzai) berkata, “Lelaki ini ingin menyamakan antara kebenaran dan kebatilan!”

Al-Ibaanah 2/456

Advertisement
Larangan Duduk Bersama Ahli Bid’ah

Duduk Yang Dibenci

Berkata Syaikh Ibnu ‘Utsaimin رحمه الله

“Duduk yang  dimakruhkan (dibenci) hanyalah duduk yang disifati Nabi صلي الله عليه و سلم dengan duduknya orang-orang yang dimurkai (Yahudi) yakni duduk dengan cara meletakkan tangan beserta telapak tangan kiri pada lantai dibelakang  punggung lalu bersandar dengannya, maka duduk ini disifati Nabi صلي الله عليه و سلم dengan duduknya orang-orang yang dimurkai.

Adapun meletakkan kedua tangan seluruhnya atau pun tangan kanan dibelakang punggung dan bersandar dengannya tidaklah masalah.

Kerana yang disifati Nabi صلي الله عليه و سلم dengan duduknya orang-orang yang dimurkai hanyalah duduk bersandar pada lantai dengan telapak tangan kiri dibelakang punggung. Sehingga Inilah duduk yang disifati Nabi صلي الله عليه و سلم dengan duduknya orang-orang yang dimurkai.”

Syarhu Riyadhish Shalihin

Continue reading “Duduk Yang Dibenci”

Duduk Yang Dibenci