Orang yang Fitrahnya Masih Lurus akan Mencintai Para Ulama Ahlus Sunnah

Asy-Syaikh Usamah bin Su’ud al-‘Amry hafizhahullah berkata:

‏لقيت رجلا عاميا كان مستقيما ثم ضعف، ولكن محبته لأهل السنة باقية في قلبه، لذا سمى أحد أبنائه ربيعا بإسم شيخنا، وقال: وإن رزقت بآخر سأسميه مقبلا.

“Saya pernah berjumpa dengan orang awam yang dahulu istiqamah lalu melemah, tetapi kecintaannya terhadap Ahlus Sunnah tidak hilang di hatinya, oleh kerana inilah dia memberi nama salah seorang anak laki-lakinya Rabi’, yaitu nama guru kami, dan dia mengatakan, “Jika saya diberi anak lagi, saya akan menamainya Muqbil.”

Sumber || https://twitter.com/OsamaAlamri99/status/807890850571309056

WhatsApp Salafy Indonesia
Channel Telegram || http://bit.ly/ForumSalafy

Advertisement
Orang yang Fitrahnya Masih Lurus akan Mencintai Para Ulama Ahlus Sunnah

Zakat Fitri Dengan Wang

Fadhilatus Syaikh Ibnu ‘Utsaimin رحمه اللّٰهُ تعالى:

Soalan: Apakah boleh mengeluarkan zakat fitri dengan wang? Dan apabila jawapannya tidak boleh maka apa alasannya? Disertai dalil-dalil dalam masalah ini dan perlu diketahui bahawa sebahagian mereka memfatwakan boleh pada negeri yang sedikit padanya ulama yang mumpuni?

Jawapan: Tidak boleh mengeluarkan (zakat dengan) nilai bahan makanan, kerana yang demikian menyelisihi apa yang telah diperintahkan rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam dan telah sahih dari beliau sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawasanya beliau bersabda:

{من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو ردّ} وفي رواية: {من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد}

“Barangsiapa melakukan amalan yang tidak ada padanya perkara (contoh) kami maka tertolak.” Dan dalam riwayat lain: “Barangsiapa membuat-buat dalam perkara (agama) kami ini apa yang bukan bahagian darinya maka tertolak”.

Hadis riwayat Muslim dan asalnya di dalam sahih Bukhari-Muslim, dan makna rodd adalah tertolak, kerana mengeluarkan nilainya (wang) menyelisihi amalan para sahabat radhiallahu ‘anhum, di mana mereka mengeluarkannya dengan satu sha’ dari bahan makanan, dan nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

{عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي}

“(Wajib) atas kalian berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para khalifah yang lurus lagi mendapatkan petunjuk sepeninggal aku”.

Dan dikeranakan zakat fitri adalah ibadah yang wajib dari jenis yang telah ditetapkan maka tidak dibenarkan dikeluarkan dari selain jenis yang telah ditetapkan, sebagaimana tidak boleh dikeluarkan pada waktu yang sudah ditetapkan, dan kerana nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetapkannya dari jenis-jenis yang berbeza-beza dan nilainya pun berbeza-beza pada umumnya, sehingga jika sekiranya nilai suatu jenis ditentukan tentulah yang wajib adalah satu sho’ dari suatu jenis, dan apa yang sebanding dalam nilainya dari jenis-jenis yang lain.

Dan dikeranakan dikeluarkannya nilai (harga) akan mengeluarkan zakat fitri dari kondisi bentuk gandum yang nyata menjadi sedekah yang samar, kerana mengeluarkan zakat dengan satu sho’ dari bahan makanan akan menjadikan zakat fitri menjadi tampak (jelas) ditengah-tengah kaum muslimin, dan dikenal oleh anak-anak dan orang dewasa, mereka dapat menyaksikan takarannya, dan pembahagiannya, dan mereka akan saling mengenalnya di antara mereka, berbeza jika dengan dirham (wang) yang dikeluarkan oleh seseorang menjadi samar antara dia dengan yang mengambilnya.

Majmu’ Fatawa (18/283), Fatawa Zakat Al-Fitr, halaman: 20.

Alih Bahasa: Muhammad Sholehuddin Abu ‘Abduh عَفَا اللّٰهُ عَنْهُ.
WA Ahlus Sunnah Karawang.

Zakat Fitri Dengan Wang

Kebenaran Itu Dicintai Secara Fitrah

Berkata Shaikh Ibn Taimiyyah rahimahullah,

فإن الحق محبوب في الفطرة، وهو أحب إليه وأجلّ فيها، وألذّ عندها من الباطل الذي لا حقيقة له، فإن الفطرة لا تحب ذلك

“Sesungguhnya kebenaran itu dicintai (secara) fitrah, dan ia dicintai lebih dan lebih agung dalamnya, dan lebih lazat daripada kebatilan yang tiada kebenaran baginya, dan sesungguhnya (secara) fitrah itu tidak mencintainya.”

Sowariful anil Haqq

Kebenaran Itu Dicintai Secara Fitrah

Sasaran Zakat Fitrah

Al-Ustadz Qomar Su’aidy Lc hafizhahullah menulis,

“Yang kami maksud di sini adalah mashraf atau sasaran penyaluran zakat.

Ada perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam hal ini. Sebahagian ulama mengatakan sasaran penyalurannya adalah orang fakir miskin secara khusus. Sebahagian lagi mengatakan, sasaran penyalurannya adalah sebagaimana zakat yang lain, yaitu lapan golongan sebagaimana tertera dalam surat At-Taubah 60. Ini merupakan pendapat Asy-Syafi’i, satu riwayat dari Ahmad, dan yang dipilih oleh Ibnu Qudamah (Al-Mughni, 4/314).

Continue reading “Sasaran Zakat Fitrah”

Sasaran Zakat Fitrah