Fidyah Puasa Dengan Makanan

Perlu diketahui bahwa tidak boleh fidyah yang diwajibkan bagi orang yang berat berpuasa diganti dengan wang yang senilai dengan makanan kerana dalam ayat dengan tegas dikatakan harus dengan makanan. Allah Ta’ala berfirman,

فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

“Membayar fidyah dengan memberi makan pada orang miskin.”

Syaikh Sholih Al Fauzan hafizhohullah mengatakan, “Mengeluarkan fidyah tidak boleh digantikan dengan wang sebagaimana yang penanya sebutkan. Fidyah hanya boleh dengan menyerahkan makanan yang menjadi makanan pokok di daerah tersebut. Kadarnya adalah setengah sho’ dari makanan pokok yang ada yang dikeluarkan bagi setiap hari yang ditinggalkan. Setengah sho’ kira-kira 1½ kg. Jadi, tetap harus menyerahkan berupa makanan sebagaimana ukuran yang kami sebut. Sehingga sama sekali tidak boleh dengan wang. Kerana Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Membayar fidyah dengan memberi makan pada orang miskin.” Dalam ayat ini sangat jelas memerintah dengan makanan.”

[Al Muntaqo min Fatawa Syaikh Sholih Al Fauzan, 3/140. Dinukil dari Fatwa Al Islam Sual wa Jawab no. 66886.]

Fidyah Puasa Dengan Makanan

Meninggalkan Qadha Puasa

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz –pernah memegang jawatan sebagai ketua Lajnah Ad Da’imah (komiti fatwa Saudi Arabia)- ditanyakan,

“Apa hukum seseorang yang meninggalkan qadha’ puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya dan dia tidak memiliki uzur untuk menunaikan qadha’ tersebut. Apakah cukup baginya bertaubat dan menunaikan qadha’ atau dia memiliki kewajiban kafarah?”

Syaikh Ibnu Baz menjawab:

“Dia wajib bertaubat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan dia wajib memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan disertai dengan qadha’ puasanya. Ukuran makanan untuk orang miskin adalah setengah sha’ Nabawi dari makanan pokok negeri tersebut (kurma, gandum, beras atau semacamnya) dan ukurannya adalah sekitar 1.5 kg sebagai ukuran pendekatan. Dan tidak ada kafarah (tebusan) selain itu. Hal inilah yang difatwakan oleh beberapa sahabat radhiyallahu ‘anhum seperti Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma.

Namun apabila dia menunda qadha’nya kerana ada udzur seperti sakit atau bersafar, atau pada wanita kerana hamil atau menyusui dan sulit untuk berpuasa, maka tidak ada kewajiban bagi mereka selain mengqadha’ puasanya.”

[Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, no. 15 hal. 347.]

Meninggalkan Qadha Puasa