Berkabung Lebih dari Tiga Puluh Hari

Shaikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baaz rahimahullah berkata,

Kesebelas : Tidak Dibenarkan Bagi Wanita Untuk Al-Ihdaad (Tidak Berhias/Berkabung) Terhadap Mayyit Lebih Daripada Tiga Puluh Hari Kecuali Terhadap Suaminya atau Sedang Hamil

Tidak boleh bagi wanita untuk al-Ihdaad ke atas mayyit lebih daripada tiga puluh hari kecuali terhadap suaminya kerana wajib ke atasnya untuk berkabung terhadapnya selama empat bulan dan sepuluh hari, kecuali beliau sedang hamil maka ke atasnya (untuk berkabung) sehingga dia melahirkan anak; kerana ketetapan as-Sunnah as-Saheehah daripada Nabi sallallahu alaihi wasallama sedemikian.

Adapun bagi seorang lelaki, ia tidak boleh al-ihdaad atas kematian seseorang daripada kaum kerabatnya ataupun selainnya.

Ad-Duroos Al-Muhimmah Lil-Aammatil Ummah, Samaahatush-Shaikh Shaikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baaz rahimahullah

Berkabung Lebih dari Tiga Puluh Hari

Mencari Isteri yang Tidak Solehah Kerana Ingin Membimbingnya Setelah Menikah?

Ada satu faedah menarik dari Syaikh Ibnu ‘Utsaimin dalam menjelaskan satu hadis dalam kitab Bulughul Maram, yaitu hadis Fathimah binti Qais ketika meminta pendapat kepada Rasulullah, siapakah yang sebaiknya ia terima lamarannya di antara Mu’awiyah dan Abu Jahm? Ketika itu beliau bersabda:

وأما معاوية فصعلوك لا مال له

“.. Adapun Mu’awiyah, maka ia seorang yang miskin.”

Continue reading “Mencari Isteri yang Tidak Solehah Kerana Ingin Membimbingnya Setelah Menikah?”

Mencari Isteri yang Tidak Solehah Kerana Ingin Membimbingnya Setelah Menikah?

Harta yang Terbaik

Dari Tsauban radhiyallahu Ta’ala ‘anhu, beliau berkata,

“Ketika turun ayat:

والذين يكنزون الذهب والفضة

‘Dan orang-orang yang menumpuk-numpuk emas dan perak.’ [Q.S. at-Taubah: 34],

Dahulu ketika kami bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa’ala alihi wasallam pada sebahagian safar beliau, sebahagian shahabat berkata, “Telah diturunkan ayat tentang emas dan perak apa saja yang diturunkan (oleh Allah). Seandainya kami tahu harta apa yang paling baik, kami pasti pilih harta tersebut.

Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa’ala alihi wasallam bersabda,

أفضله لسان ذاكر وقلب شاكر وزوجة مؤمنة تعينه على إيمانه

“Harta yang paling baik adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur, dan isteri mukminah yang mendukung suami dalam menjaga keimanannya.”

[H.R. At-Tirmidzi no. 3094 disahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani di Jami’ush Sahih no. 1856]

Harta yang Terbaik

Perekat Cinta

Faidah dari Al-Ustadz Abu Nasiim Mukhtar iben Rifai hafizhahullah

Suaranya lirih membawakan rona kesedihan bercampur kecemasan. Dalam lirihnya (Sirah Umar bin Abdul Aziz hal. 164), Umar bin Abdul Aziz bertutur dalam kata-kata qur’ani, “Sungguh! Aku amat takut terhadap adzab nan pedih, pabila aku durhaka kepada Rabb-ku”.

Di hadapan Umar bin Abdul Aziz, seorang wanita solehah figur kaum isteri khusyuk mendengarkan. Setiap huruf yang diucapkan suaminya tidak ada yang ia lewatkan. Menusuk, mengarah dan tepat mengena di pusat hati. Fathimah isteri Umar bin Abdul Aziz menangis. Tapi bukan hanya menangis. Ia menangis dan berucap sebagai tanda cinta, “Allahumma. Ya Allah, lindungilah suamiku dari neraka”.

Sang suami mengingat pedihnya adzab neraka, isterinya memohonkan kepada Allah agar melindungi suaminya dari neraka.

Suami, pernahkah -dengan penuh kasih-, mengingatkan isteri tentang neraka?

Wahai isteri, bilakah engkau mendoakan suamimu agar terlindungi dari neraka?

Subhaanallah!..

WhatsApp Salafy Indonesia || http://forumsalafy.net/?p=12095

—–
Edisi:
مجموعة الأخوة السلفية
Majmu’ah Al-Ukhuwah As-Salafiyyah

Perekat Cinta