Mu’awwizataan Pagi dan Petang

Berkata asy-Shaikh Ibn Baaz rahimahullah,

المعوذتان صباحا ومساء ثلاث مرات من أسباب السلامة من السحر وغيره

“Mu’awwizataan pada setiap pagi dan petang, tiga kali merupakan daripada sebab keselamatan daripada sihir dan selainnya.”

Fatawa Nuur Alad-Darb 3/295

Mu’awwizataan Pagi dan Petang

Bagaikan Baju Besi

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

“Zikir pagi dan petang seperti baju besi, semakin bertambah ketebalannya maka pemiliknya semakin tidak tertimpa (bahaya). Bahkan kekuatan baju besi itu malah mampu memantulkan kembali anak panah sehingga kembali terkena pemanahnya sendiri.”

Al-Wabil As-Soyyib, 71

Bagaikan Baju Besi

Doa Pagi dan Petang

Fadhilatus As-Syaikh Muhammad bin Sa’id Ruslan حفظه اللّٰهُ تعالى

Zikir-Zikir Pagi:

اللّٰهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ النُّشُورُ.

“Ya Allah, kerana Engkau kami berada di waktu pagi dan petang, kerana Engkau kami hidup dan mati, dan kepada-Mu kami akan kembali.” [1]
____________
[1] SAHIH: Dikeluarkan oleh Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad hadis no. (1199) dan Abu Dawud (5068) dan Tirmidzi (3391) dan Ibnu Majah (3868) dan Ibnu Hibban (2354) dan Ahmad (2/354) dan Al-Haitsami (10/114) dan Al-Baghowi (1325/5/112) dari Abu Hurairah, dari Nabi ﷺ bahwasanya beliau membaca apabila masuk waktu pagi:
«اللّٰهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا…».

Adzkar As-Shobaah wa Al-Masaa`. Hlm: 15.
Alih Bahasa: Muhammad Sholehuddin Abu ‘Abduh عَفَا اللّٰهُ عَنْهُ.
WA Ahlus Sunnah Karawang | www.ahlussunnahkarawang.com

Doa Pagi dan Petang