Mengambil Ilmu dari Pendusta

Bolehkah Mengambil Ilmu dari Pendusta seperti Kisah Abu Hurairah dengan Syaitan

Asy-Syaikh Soleh Al-Fauzan hafizhahullah

Pertanyaan: Sebahagian ahli bid’ah berdalih dengan kisah Abu Hurairah bahawa boleh menuntut ilmu dari ahli bid’ah kerana Abu Hurairah mengambil ilmu dari syaitan? Continue reading “Mengambil Ilmu dari Pendusta”

Advertisement
Mengambil Ilmu dari Pendusta

Anak Itu Rahsia Bapanya

Al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah melihat anaknya mengusap piring timbangan dengan hujung bajunya.

Lalu dia bertanya: “Mengapa?” Maka si anak menjawab: “Supaya saya tidak ikut menimbang debu jalanan untuk kaum muslimin”.

Maka menangislah Al-Fudhail, sambil berkata: “Wahai anakku, sesungguhnya perbuatanmu ini bagiku lebih bagus dari dua haji dan dua puluh umrah!”

Renungkanlah faedah di atas, betapa besar faedah dari sifat kejujuran. Seseorang menjadi ‘kadzib’/pendusta, atau sebaliknya menjadi ‘sadiq’/jujur tergantung tarbiyyah kedua orang tuanya sejak kecil.

Diterjemahkan:
Ummu Abdillah binti Ali Bahmid عفا الله عنهما
WA.Tarbiyatul Aulaad
BILAAD

Anak Itu Rahsia Bapanya