Bolehkah Memuji Ahli Bid’ah Kerana Mereka Masih Memiliki Kebaikan?

Asy-Syaikh Soleh Al-Fauzan hafizhahullah

Penanya: Apakah hukumnya orang yang memuliakan ahli bid’ah, menghormati mereka dan memuji mereka dengan menyatakan bahawa mereka masih menerapkan hukum Islam, padahal orang yang memuji mereka ini mengetahui berbagai kebid’ahan mereka. Dan pada suatu ketika pada sebuah pelajaran umum dia mengatakan: “Di samping tetap berhati-hati terhadap sebagian sikap mereka.” Yang dia maksud dengan “mereka” ini adalah para mubtadi’ itu. Atau dia mengatakan: “Kita harus menutup mata dari kesalahan-kesalahan yang ada pada mereka.” Dan ungkapan semisalnya yang menunjukkan sikap meremehkan bid’ah mereka. Perlu juga diketahui bahawa sebahagian para mubtadi’ yang dimuliakan, dipuji dan dibela oleh orang yang mengatakan ucapan ini mereka memiliki ucapan yang tertulis dan dirakam yang mana orang yang mengatakan ucapan ini mengetahui bahawa pada ucapan tersebut terdapat celaan terhadap As-Sunnah, menganggap para Sahabat sebagai orang-orang yang jahil, serta menyindir Nabi sallallahu alaihi was sallam. Maka apa hukum orang yang mengatakan ini? Dan apakah boleh mentahdzir ucapan-ucapannya ini?

Asy-Syaikh:

Tidak boleh memuliakan ahli bid’ah dan memuji mereka, walaupun pada mereka terdapat sesuatu dari kebenaran, kerana pujian dan sanjungan terhadap mereka akan menyebabkan tersebarnya bid’ah mereka, dan akan menjadikan para mubtadi’ berada dalam barisan orang-orang yang diteladani dari tokoh-tokoh ummat ini.

Baca selengkapnya di:
http://forumsalafy.net/?p=2815

Bolehkah Memuji Ahli Bid’ah Kerana Mereka Masih Memiliki Kebaikan?

Memuji Allah tatkala ditimpa Musibah

Syuraih al-Qadhi berkata:

“Sesungguhnya aku tertimpa satu musibah, maka aku memuji Allah atas musibah tersebut sebanyak empat kali: Pertama, aku memuji Allah kerana musibah tersebut tidak terjadi yang lebih besar dari keadaannya. Kedua, aku memuji-Nya kerana telah menganugerahiku kesabaran atas musibah. Ketiga, aku memuji-Nya kerana Dia telah memberi taufiq kepadaku untuk sedar bahawa segala masalah dan persoalan akan dikembalikan kepada- Nya. Keempat, aku memuji-Nya kerana Allah tidak menjadikan musibah tersebut ada pada urusan agamaku.”

Siyar A’lamin Nubalaa 4/105

Memuji Allah tatkala ditimpa Musibah

Bersamaan Ucapan Malaikat

Dari Abu Hurairah radiyallahu anhu : Rasulullah sallallahu alaihi wa sallama bersabda,

“Jika Imam mengucapkan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ (Semoga Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya) ‘, maka ucapkanlah: اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ (Wahai Rabb kami, bagi-Mu lah segala pujian) ‘.” Kerana barangsiapa yang ucapannya bersamaan dengan ucapan Malaikat, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

[0754] Riwayat Bukhari dan lainnya.

Bersamaan Ucapan Malaikat

Apabila Dipuji

Salah seorang daripada kalangan sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ucapkan apabila dipuji:

اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ بِي مِنْ نَفْسِي وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِي مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي خَيْرًا مِمَّا يَظُنوُّنَ وَاغْفِرْلِي مَا لَا يَعْلَمُونَ وَلَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ

“Ya Allah, Engkau lebih mengetahui daku daripada diriku, dan aku lebih mengetahui diriku daripada mereka. Ya Allah jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan, dan ampunilah daku daripada apa yang mereka tidak ketahui, dan janganlah Engkau mengazabku dengan apa yang mereka katakan.”

Adabul Mufrad, Al-Bukhari, 761, Az-Zuhd, Ahmad, 1150, Al-Musonnaf, Ibnu Abi Syaibah, 36853 (http://alkulify.blogspot.com/2013/09/blog-post_5871.html)

Apabila Dipuji