Hati Yang Rosak Tidak Diganggu Syaitan

Shaykh Ibn Uthaymeen rahimahullah berkata,

“Dan telah diriwayatkan bahawa Yahudi telah berkata kepada Ibn Abbas atau Ibn Mas’ud, para Yahudi berkata kepada keliling mereka orang-orang Ansar dan selainnya,

“Kami tidak wuswas di dalam solat kami.” Yakni, mereka tidak memikirkannya.

Maka ia telah dikatakan kepada Ibn Mas’ud atau Ibn Abbas, bahawa para Yahudi tersebut tidak memikirkannya, maka beliau radiyallahuanhu kata,

“Apa yang mereka katakan itu benar. Apakah yang akan dilakukan Syaitan terhadap hati yang sudah rosak?”

Apa yang akan dia lakukan? Tiada apa.

Jikalau hati yang sudah rosak maka Syaitan tidak akan berusaha untuk menghancurkannya. Sebaliknya, jikalau hati tersebut dipenuhi dengan mengingati Allah, ketaatan kepada Allah, dan takwa kepada Allah, ia akan diserang oleh Shaytaan.”

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=JRSViF3wmXA

Hati Yang Rosak Tidak Diganggu Syaitan