Kemuliaan dan Kemenangan Kaum Muslimin

Al-‘Allamah Rabi’ bin Hadi al-Madkhali hafizhahullah,

“Apabila kaum muslimin menginginkan ‘izzah (kemuliaan) dan kemenangan maka di sana ada sesuatu yang harus direalisasikan, yaitu iman dan tauhid, serta hal-hal yang mengiringi keduanya. Jika tidak, maka tidak ada kemenangan. Bahkan para musuh akan terus menguasai mereka (kaum muslimin), selama mereka masih terus menentang dan sombong tidak mahu bertaubat kepada Allah, tidak mahu ingat, dan tidak mahu kembali.”

Asbab an-Nushrah wa at-Tamkin wa Sabiil an-Nuhudh, dari al-Majmu’ ar-Raa’iq, hal. 406

Lihat
http://www.manhajul-anbiya.net/kemuliaan-dan-kemenangan-kaum-muslimin/
Majmu’ah Manhajul Anbiya
Join Telegram https://tlgrm.me/ManhajulAnbiya
Situs Resmi http://www.manhajul-anbiya.net

 

Advertisement
Kemuliaan dan Kemenangan Kaum Muslimin

Janganlah Jadi Orang Yang Sombong

Berkata Ibnu Baththah rahimahullah:

” ﻣﻦ ﺳﻤﻊ ﺍﻟﺤﻖ ﻓﺄﻧﻜﺮﻩ ﺑﻌﺪ ﻋﻠﻤﻪ ﻟﻪ ﻓﻬﻮ ﻣﻦ ﺍﻟﻤﺘﻜﺒﺮﻳﻦ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻣﻦ ﻧﺼﺮ ﺍﻟﺨﻄﺄ ﻓﻬﻮ ﻣﻦ ﺣﺰﺏ ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ” – ﺍﻹﺑﺎﻧﺔ ٢ / ٥٤

“Barangsiapa yang telah mendengar al haq, kemudian ia mengingkarinya setelah ia mengetahuinya. Maka ia termasuk orang yang sombong terhadap Allah. Dan barangsiapa yang menolong kesalahan, maka ia termasuk bala tentara syaitan.”

al Ibanah (2/54)

Majmu’ah ad Diinun Nashihah
http://bit.ly/addiinun_nashihah

Janganlah Jadi Orang Yang Sombong

Penghalang di Dalam Memahami Al-Quran

Berkata Ibnu Qudamah Al Maqdisi rahimahullah,

“Dan di antara sebab yang menghalangi seseorang untuk memahami al Qur’an serta mendapatkan kelezatan darinya adalah: Seorang pembaca terus menerus malakukan dosa (tanpa bertobat -pent), memiliki sifat kibr (sombong -pent), pengekor hawa nafsu.”

Mukhtashor Minhaaju Al Qooshidiin :45

Continue reading “Penghalang di Dalam Memahami Al-Quran”

Penghalang di Dalam Memahami Al-Quran

Tercelanya Bangga Diri

Berkata Sufyan At-Tsauri rahimahullah:

“Berhati-hatilah dari hal-hal yang akan merosakkan amalanmu kerana yang akan merosakkan amalanmu adalah riya’, dan jika bukan riya’ maka kagum kepada diri sendiri (yang akan merosakkan) sehingga digambarkan dalam benakmu bahawa engkau lebih utama dari saudaramu, padahal boleh jadi engkau tidak mampu melakukan amalan seperti apa yang dia mampu lakukan, dan boleh jadi dia lebih wara’ (berhati-hati) darimu dari perkara-perkara yang telah Allah haramkan, dan lebih suci darimu amalannya.

Dan jika engkau tidak membanggakan dirimu sendiri maka berhati-hatilah dari cinta akan pujian manusia dan sanjungan mereka sehingga menjadikan engkau suka agar mereka memuliakanmu kerana amalanmu, dan agar mereka memandang dirimu kerananya dengan kemuliaan dan kedudukan di dalam dada mereka, atau sebuah hajat yang engkau tuntut dari mereka dalam banyak perkara, namun hendaknya yang engkau inginkan dengan amalanmu hanyalah wajah Allah dan negeri akhirat, bukan menginginkan dengan itu selain-Nya.

Maka cukuplah dengan mengingat kematian menjadikan zuhud di dunia dan mengharapkan negeri akhirat, dan cukuplah dengan panjangnya angan-angan menunjukkan akan sedikitnya rasa takut dan kelancangan terhadap kemaksiatan, dan cukuplah sebagai suatu kerugian dan penyesalan di hari kiamat nanti bagi siapa saja yang berilmu namun dia tidak beramal (dengan ilmunya).”

Hilyatul Awliya (6/391).

Continue reading “Tercelanya Bangga Diri”

Tercelanya Bangga Diri

Bermaksiat kerana Mengikut Hawa Nafsu

Sufyan bin Uyainah rahimahullah:

“Barangsiapa yang bermaksiat kerana memenuhi hawa nafsunya, maka suruhlah ia untuk bertaubat. Sesungguhnya Nabi Adam ‘alayhis salaam bermaksiat dikeranakan mengikuti hawa nafsunya, maka diampuni oleh Allah dosanya. Namun barangsiapa yang bermaksiat kepada Allah kerana sombong, maka ancamlah pelakunya dengan laknat Allah kepadanya. Kerana sesungguhnya iblis bermaksiat kerana kesombongannya, maka iapun dilaknat oleh Allah.”

[Shifatus Shofwah, II/232]

Bermaksiat kerana Mengikut Hawa Nafsu