PENYAKIT SEMBUH DENGAN SEDEKAH

🍃 🍇🍒🍓💰
PENYAKIT SEMBUH DENGAN SEDEKAH
➖➖➖➖
📝 Dari Abu Umamah Al-Bahili, Rasulullah bersabda :

دَاوُوْا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ

“Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.”

(HR. Abusy Syaikh dalam kitab Ats-Tsawab. Dihasankan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 3358)

💺 Al-Imam Al-Munawi, berkata :

يعني صدقة التطوع. مهما أمكن طلبا للشفاء بها فإنها نعم الدواء

🔻
“Maksudnya adalah sedekah sunnah. Di kala seseorang berharap kesembuhan dengan cara mengeluarkan sedekah, maka sungguh itu ubat yang sangat mujarab.”

📔 [Faidhul Qadir, 1/75]

💺 Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :

فإن للصدقة تأثيرا عجيبا في دفع أنواع البلاء ولو كانت من فاجر أو من ظالم بل من كافر فإن الله تعالى يدفع بها عنه أنواعا من البلاء وهذا أمر معلوم عند الناس خاصتهم وعامتهم وأهل الأرض كلهم مقرون به لأنهم جربوه

💯
“Pasti, sedekah memiliki kemampuan luar biasa dalam mencegah berbagai musibah/bala, walaupun orang yang bersedekah adalah seorang yang bejat, zalim, atau bahkan orang kafir.

💢 Kerana dengan sebab sedekah itulah Allah menolak musibah/bala dengan beragam bentuknya.

🔆 Hal yang demikian ini pada asalnya telah diketahui oleh setiap orang, baik awam ataupun bukan. Bahkan penduduk bumi mengakui hal ini, karena mereka telah mmbuktikannya.”
📔[Al-Wabilus Shayyib hal. 49]

📝 Diterjemahkan oleh: Al-Ustadz Abdul Wahid at-Tamimi
📤Sumber:
@warisansalaf
————💎————
🔑 Arsip Fawaid Ilmiyah:
https://telegram.me/fawaidsolo
————💎————

PENYAKIT SEMBUH DENGAN SEDEKAH

Doa Termasuk Dari Sebesar-besar Sebab Penolak Musibah

Berkata Imam Ibnu Hajar rahimahullah ta’ala:

“Orang yang mengingkari berubat dengan doa seharusnya dia juga mengingkari perubatan dengan ubat-ubatan, dan tidak ada yang mengucapkan demikian kecuali dia menyelisihi banyak orang dan hadis-hadis sahih membantah mereka, dan di dalam perlindungan kepada doa ada tambahan faedah, yang tidak didapati pada perubatan dengan selain nya kerana padanya ada sikap tunduk dan merendahkan diri kepada Rabb Maha SuciNya, bahkan meninggalkan doa termasuk pada bentuk meninggalkan amalan-amalan soleh kerana pasrah kepada takdir sehingga dia meninggalkan amalan secara garis besar, dan menolak bala (bencana) dengan doa seperti menolak anak panah dengan perisai, dan bukanlah termasuk syarat beriman kepada takdir untuk tidak berlindung dari lemparan anak panah, wallahu a’lam.”

Fathul Bari (10/133).

Continue reading “Doa Termasuk Dari Sebesar-besar Sebab Penolak Musibah”

Doa Termasuk Dari Sebesar-besar Sebab Penolak Musibah