Tidak Pernah Meninggalkan Takbir Pertama

Dari Abi Harmalah dari Sa’id Ibnul Musayyib rahimahullah berkata :

“Saya tidak pernah ketinggalan takbir pertama (takbiratul ihram) semenjak 50 tahun, dan saya tidak pernah melihat punggung seseorang semenjak 50 tahun”.

Yakni : beliau selalu di saf pertama.

As Siyar 4/30

Continue reading “Tidak Pernah Meninggalkan Takbir Pertama”

Tidak Pernah Meninggalkan Takbir Pertama

Menyelisihi Sunnah

Dari Ibnu Al-Musayyib, bahawa ia pernah melihat seseorang melaksanakan solat (sunnah) lebih dari dua rakaat setelah terbit fajar dan dia memperbanyakkan ruku’ di dalamnya, maka beliau melarangnya. Orang tersebut berkata,

“Wahai Abu Muhammad, apakah Allah subhanahu wa ta’ala akan menyeksaku kerana solatku ini?”

Beliau menjawab, “Tidak, akan tetapi Dia akan menyeksamu kerana kamu telah menyelisihi Sunnah (tuntutan dan ajaran Nabi sallallahu alaihi wasallama).”

Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan Shaikh al-Albani mensahihkan sanadnya dalam al-Irwa’ (2/236)

Sumber: Syarah Usul As-Sunnah, Imam Ahmad, pensyarah: Shaikh Walib bin Muhammad Nubaih, Pustaka Darul Ilmi, hal. 40

Catatan: Ibn al-Musayyib, ataupun namanya Sa’id al-Musayyib, seorang Tabi’in yang berkunyahkan nama Abu Muhammad.

Menyelisihi Sunnah