Memuji Allah tatkala ditimpa Musibah

Syuraih al-Qadhi berkata:

“Sesungguhnya aku tertimpa satu musibah, maka aku memuji Allah atas musibah tersebut sebanyak empat kali: Pertama, aku memuji Allah kerana musibah tersebut tidak terjadi yang lebih besar dari keadaannya. Kedua, aku memuji-Nya kerana telah menganugerahiku kesabaran atas musibah. Ketiga, aku memuji-Nya kerana Dia telah memberi taufiq kepadaku untuk sedar bahawa segala masalah dan persoalan akan dikembalikan kepada- Nya. Keempat, aku memuji-Nya kerana Allah tidak menjadikan musibah tersebut ada pada urusan agamaku.”

Siyar A’lamin Nubalaa 4/105

Memuji Allah tatkala ditimpa Musibah