Daripada Maslamah bin Abi Bakr, daripada seorang lelaki dari Quraisy, bahawa Umar Bin Abdul Aziz bersumpah di hadapan beberapa timbalan menterinya,
“Ke atas kalian untuk bertakwa kepada Allah dalam segala hal yang berlaku ke atas kalian. Sesungguhnya takwa kepada Allah merupakan persediaan yang paling afdhal, rancangan yang tercapai, dan kekuatan yang paling kuat. Dan tiadalah apa pada kejahatan musuh kalian yang memerlukan lebih perhatian daripada kalangan kalian dan juga mereka yang bersama kalian selain daripada maksiat terhadap Allah. Sesungguhnya aku lebih khuatir akan dosa ke atas manusia daripada rancangan musuh-musuh mereka. Sungguh, kami hanya menghadapi musuh kami dan kami diberikan pertolongan (daripada Allah) terhadap mereka kerana kemaksiatan mereka. Jikalau bukanlah kerana itu, pasti kami tidak mempunyai kekuatan terhadap mereka.”
Hilyatul Awliaa Abi Nuaim, 7409
Continue reading “Aku Khuatir Dosa Kalian Melebihi Musuh Ke Atas Kalian”