Demonstrasi Bukan Ajaran Islam

Asy-Syaikh Shalih al-Fauzan hafizhahullah berkata:

«الإسلام دين الهدوء والسكينة ودين الثبات؛ فلا مظاهرات في الإسلام»

“Islam adalah agama yang mengajarkan ketenangan, ketenteraman, dan stabilitas, jadi tidak tidak ada demonstrasi dalam Islam.”

Mauqiful Muslim minal Fitan wal Muzhaharat, hlm. 18

Sumber || https://twitter.com/SFawzaan/status/806557836750848002

WhatsApp Salafy Indonesia
Channel Telegram || http://bit.ly/ForumSalafy

Demonstrasi Bukan Ajaran Islam

Membela Pemimpin dan Rakyat

Kalimat indah para ulama kita,

“Kami, apabila berada bersama pemerintah, maka kami membela rakyat. Apabila kami bersama rakyat, maka kami membela pemerintah.”

Usul ahlul sunnah lil sheikh sulaiman al ruhayli m/s 30

كلمة لأحد علمائنا تُكتب بماء العين ( نحن إذا كُنّا عند ولي الأمر كنا للعامّة و إذا كنا عند العامّة كنا لولي الأمر ) . (ص 63) .

Membela Pemimpin dan Rakyat

Sistem Demokrasi Itu Kufur

Berkata Syaikh Muqbil Bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah,

…الديمقراطية كفر، لأن معناها الشعب يحكم نفسه بنفسه، معناها لا كتاب ولا سنة ولا إسلام، وإباحة الزنا، واللواط

“(Sistem) demokrasi itu kufur, kerana maknanya adalah rakyat memerintah diri mereka dengan diri mereka sendiri, maknanya tiada Kitab (al-Quran), as-Sunnah dan Islam, dan ia membenarkan zina dan hubungan sejenis (homoseksual).”

Tuhfatul Mujeeb, ms. 303

 

 

Sistem Demokrasi Itu Kufur

Pemerintahan Abu Bakr dan Umar

Kata Abdul Malik Bin Marwan (seorang Khalifah Bani Umayyah) kepada rakyatnya:

ما أنصفتمونا يا معشر الرعية، تريدون منا سيرة أبي بكر وعمر ولا تسيرون فينا ولا في أنفسكم بسيرتهما

“Berlaku adil-lah wahai rakyat! Kamu mahukan daripada kami seperti pemerintahan Abu Bakr dan Umar, tetapi kamu tidak mahu berjalan bersama kami dan tidak pula mencontohi rakyat di zaman mereka berdua (Abu Bakr dan Umar).”

Ath-Thurthusyi, Siraj al-Muluk, 1/237

Pemerintahan Abu Bakr dan Umar

Doakan Pemimpin Kalian ke Arah Petunjuk dan Kebaikan

DOAKANLAH PEMIMPIN KALIAN KE ARAH PETUNJUK DAN KEBAIKAN DAN JANGANLAH DOAKAN KEBURUKAN KE ATAS PEMIMPIN KALIAN!!!

Berkata Imam al-Barbahari,

“Jika anda melihat orang yang berdoa buruk kepada seorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun apabila anda melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli Sunnah, insya Allah.”

Fudhail bin Iyadh berkata,

“Jikalau aku mempunyai doa baik yang dikabulkan, maka semua akan aku persembahkan bagi para pemimpin.”

Saya adalah Ahmad bin Kamil berkata bahawa telah bercerita Husain bin Muhammad at-Tabari dari Mardawaih as-Shabigh berkata bahawasanya aku mendengar Fudhail berkata,

“Jika aku tahu mempunyai doa baik yang dikabulkan maka akan aku persembahkan bagi para pemimpin.”

Ia ditanya,

“Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut.”

Beliau berkata,

“Pabila doa itu hanya aku tujukan bagi diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun pabila aku persembahkan kepada pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikannya.”

Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dan juga oleh al-Khalal dalam “as-Sunnah”. Sanadnya adalah sahih.

Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan, meskipun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan kejahatannya akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara apabila mereka baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya.

[Syarh as-Sunnah oleh Imam Al-Barbahari, catatan no. 136]

Doakan Pemimpin Kalian ke Arah Petunjuk dan Kebaikan

Membebaskan Diri dari Kezaliman Pemimpin

As-Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albaani rahimahullaah berkata,

“Cara untuk membebaskan diri daripada kezaliman para pemimpin adalah para Muslim perlu bertaubat kepada Allah dan memperbetulkan Aqidah mereka, dan untuk melatih diri mereka dan keluarga mereka agar berada di atas Islam yang benar. Dan cara untuk membebaskan diri daripada kezaliman mereka bukanlah sebagaimana sangkaan sebahagian manusia iaitu revolusi bersenjata terhadap pemerintah dengan pemberontakan ketenteraan.

Sedangkan ia adalah Bid’ah pada zaman kami ini serta penentangannya terhadap banyak nas-nas Shari’ah di mana dalamnya terhadap perintah agar mengubah diri mereka sendiri dan perlunya membetulkan prinsip untuk membina asas demi pembinaan di atasnya.”

‘Qamoos al-Bida’ ms.767

Membebaskan Diri dari Kezaliman Pemimpin