TERUS MENERUSLAH BERSABAR MENGETUK PINTU

TERUS MENERUSLAH BERSABAR MENGETUK PINTU 🚪

========================

❍ اصبروا على قرع الباب ❍

● قال الفضيل بن عياض رحمه الله تعالى :
• تعلمت الصبر من صبي صغير :
ذهبت مرة إلى المسجد فوجدت امرأة داخل دارها تضرب ابنها وهو يصرخ ففتح الباب وهرب فأغلقت عليه الباب ..

• قال : فلما رجعتُ نظرتُ ، فلقيت الولد بعدما بكى قليلا نام على عتبة الباب يستعطف أمه فرق قلب الأم ففتحت له الباب.

• فبكى الفضيل حتى ابتلت لحيته بالدموعm
وقال : سبحان الله !
لو صبر العبد على باب الله عز وجل – لفتح الله له !

• قال “أبو الدرداء” رضي الله عنه “:
جدوا بالدعاء فإنه من يكثر قرع الباب يوشك أن يفتح له

❒ مصنف ابن أبي شيبة
6/20

Fudhail Ibnu ‘Iyadh rahimahullahu berkata:

“Saya mempelajari kesabaran dari seorang anak kecil. Suatu hari saya berangkat menuju masjid, tiba-tiba saya mendapati seorang ibu memukuli putranya di dalam rumah dan ia menjerit (kesakitan) sehingga ia membuka pintu rumah kemudian kabur dan sang ibu pun mengunci pintu rumahnya (agar putranya tidak bisa masuk)”.

Beliau rahimahullahu melanjutkan perkataannya,

“Sepulangnya dari masjid, aku perhatikan (peristiwa tersebut). Maka aku jumpai anak tersebut setelah ia menangis beberapa saat, ia tertidur di ambang pintu untuk meminta belas kasih ibunya. Luluhlah hati sang ibu, sehingga sang ibu pun membukakan pintu untuk putranya”.

Akhirnya Fudhail Ibnu ‘Iyadh rahimahullahu pun tidak bisa menahan air matanya sehingga jenggotnya basah dengan air mata. Lalu beliau rahimahullahu berkata, “Subhanallah, seandainya seorang hamba bersabar (mengharap) pada pintu Allah ‘Azza wajalla, niscaya Allah akan membukakan pintu untuknya”.

Abu Darda radhiyallahu ‘anhu berkata, “Bersungguh-sungguhlah kalian dalam berdoa, karena siapa saja yang banyak mengetuk pintu Allah maka sebentar lagi pintu tersebut akan terbuka untuknya.”
=============
Sumber :

(Mushonnaf Ibnu Abi Syaibah: 6/20).

📝Alih bahasa : Ustadz Abdul hamid حفظه الله

🌈 WhatsApp Salafy Cirebon

=======================

Diposting 18 Robi’ul Awwal 1437 H / 30 Desember 2015, pukul : 06.20 Wib

TERUS MENERUSLAH BERSABAR MENGETUK PINTU

Nasihat Fudhail Bin Iyadh Kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid

Al-Fudhail bin Ar-Rabi’ menceritakan:

Amirul Mu’minin Harun Ar-Rasyid pergi ke Mekkah untuk melaksanakan haji, lalu beliau datang kepada saya, maka saya pun segera keluar menyambutnya, lalu saya katakan: “Wahai Amirul Mu’minin, kenapa Anda tidak mengutus seseorang agar saya datang kepada Anda?” Beliau menjawab: “Celaka engkau, aku merasakan kegelisahan dalam hatiku, maka lihatlah seseorang yang mampu aku mintai nasihat!” Maka saya jawab: “Di sini (Mekkah –pent) ada Sufyan bin Uyainah.” Beliau menjawab: “Ayuh kita pergi kepadanya!” Maka kami pun mendatanginya lalu saya mengetuk pintunya, dia bertanya dari dalam: “Siapa ini?” Saya jawab: “Sambutlah Amirul Mu’minin.” Maka dia pun segera keluar sambil berkata: “Wahai Amirul Mu’minin, kenapa Anda tidak mengutus seseorang agar saya datang kepada Anda?” Beliau menjawab: “Penuhilah keperluan kami, semoga Allah merahmatimu.” Maka Sufyan bin Uyainah pun berbicara dengan beliau beberapa saat, lalu beliau bertanya kepadanya: “Apakah engkau memiliki tanggungan hutang?” Dia menjawab: “Ya.” Maka beliau berkata kepada saya: “Wahai Abul Abbas, lunasilah hutangnya!”

Ketika kami telah keluar dari rumahnya, Amirul Mu’minin berkata: “Sahabatmu itu sama sekali tidak memberiku manfaat, maka lihatlah seseorang yang mampu aku mintai nasihat!” Maka saya jawab: “Di sini ada Abdur Razzaq bin Hamam.” Beliau menjawab: “Ayuh kita pergi kepadanya!” Maka kami pun mendatanginya lalu saya mengetuk pintunya, dia bertanya dari dalam: “Siapa ini?” Saya jawab: “Sambutlah Amirul Mu’minin.” Maka dia pun segera keluar sambil berkata: “Wahai Amirul Mu’minin, kenapa Anda tidak mengutus seseorang agar saya datang kepada Anda?” Beliau menjawab: “Penuhilah keperluan kami, semoga Allah merahmatimu.” Maka Abdur Razzaq bin Hamam pun berbicara dengan beliau beberapa saat, lalu beliau bertanya kepadanya: “Apakah engkau memiliki tanggungan hutang?” Dia menjawab: “Ya.” Maka beliau berkata kepada saya: “Wahai Abul Abbas, lunasilah hutangnya!”

Ketika kami telah keluar dari rumahnya, Amirul Mu’minin berkata: “Sahabatmu itu sama sekali tidak memberiku manfaat, maka lihatlah seseorang yang mampu aku minta nasihat!” Maka saya jawab: “Di sini ada Al-Fudhail bin Iyadh.” Beliau menjawab: “Ayuh kita pergi kepadanya!” Maka kami pun mendatanginya, ternyata dia sedang mengerjakan solat dan membaca sebuat ayat Al-Qur’an yang dia baca berulang-ulang, lalu saya mengetuk pintunya, dia bertanya dari dalam: “Siapa ini?” Saya jawab: “Sambutlah Amirul Mu’minin.” Maka dia menjawab: “Apa urusan saya dengan Amirul Mu’minin?!” Maka saya pun menimpali: “Subhanallah, bukankah Anda wajib ta’at, bukankah telah diriwayatkan dari Nabi sallallahu alaihi was sallam bahawa beliau bersabda:

لَيْسَ لِلْمُؤْمِنِ أَنْ يُذِلَّ نَفْسَهَ.

“Seorang mu’min tidak boleh merendahkan dirinya sendiri.” (Lihat: Sislilah Ash-Sahihah, no. 613 –pent)

Maka Fudhail pun membuka pintu, kemudian masuk kembali ke dalam kamarnya lalu mematikan lampu, setelah itu dia menuju ke salah satu sudut rumahnya. Maka kami pun masuk sambil meraba-raba dengan tangan kami. Maka tangan Amirul Mu’minin lebih dahulu menyentuh tangan Fudhail. Dia pun berkata: “Duhai betapa lembutnya tangan ini jika esok mampu selamat dari azab Allah Ta’ala.” Saya berkata dalam hati: “Sungguh dia akan berbicara kepada beliau malam ini dengan perkataan yang muncul dari hati yang bersih.” Maka Amirul Mu’minin berkata: “Penuhilah keperluan kami, semoga Allah merahmatimu.

Fudhail menjawab: “Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz ketika diangkat menjadi khalifah, beliau mengundang Salim bin Abdillah bin Umar, Muhammad bin Ka’ab Al-Qurazhy dan Raja’ bin Haiwah, lalu beliau berkata kepada mereka: “Sesungguhnya aku mendapatkan ujian dengan perkara ini (khilafah –pent), maka berilah aku nasihat!”

Maka Salim bin Abdillah berkata: “Jika Anda esok ingin selamat dari azab Allah, maka berpuasalah dari dunia dan jadikan berbuka Anda darinya dengan kematian!”

Kemudian Muhammad bin Ka’ab mengatakan: “Jika Anda esok ingin selamat dari azab Allah, maka jadikanlah orang tua dari kaum Muslimin sebagai ayah bagi Anda, yang sebaya sebagai saudara, dan yang lebih muda dari mereka sebagai anak bagi Anda. Jadi hormatilah ayah Anda, muliakanlah saudara Anda, dan sayangilah anak Anda!”

Lalu giliran Raja’ bin Haiwah berkata: “Jika Anda esok ingin selamat dari azab Allah, maka cintailah kebaikan bagi kaum Muslimin seperti yang Anda cintai bagi diri Anda sendiri, dan bencilah keburukan atas mereka sebagaimana Anda membenci jika hal itu menimpa Anda. Kemudian meninggallah jika Anda menginginkan!”

Adapun saya maka sesungguhnya saya mengatakan kepada Anda bahawa saya benar-benar mengkhawatirkan keselamatan Anda pada hari (kiamat –pent) ketika kaki-kaki tergelincir, maka apakah Anda –semoga Allah merahmati Anda– memiliki orang-orang yang menasihati Anda dengan nasihat semacam ini?”

Maka Amirul Mu’minin menangis tersedu-sedu hingga jatuh pingsan. Lalu saya pun berkata kepada Fudhail: “Bersikap lembutlah kepada Amirul Mu’minin, wahai Ibnu Ummir Rabi’, kerana Anda dan sahabat Anda mampu membunuh beliau, dan saya juga akan bersikap lembut kepada beliau.” Ketika Amirul Mu’minin telah sedar, beliau berkata kepada Fudhail: “Tambahlah nasihat kepadaku, semoga Allah merahmatimu!” Maka Fudhail menjawab: “Wahai Amirul Mu’minin, telah sampai kepada saya bahawa salah seorang gabenor Umar bin Abdul Aziz pernah mengeluh kepada beliau, maka beliau menulis surat kepadanya yang berbunyi: “Wahai saudaraku, aku ingatkan engkau dengan Allah sepanjang lamanya penduduk neraka tidak mampu tidur sepanjang malam di samping kekekalan abadi. Dan jangan sampai malaikat yang ada di sisi Allah mengusirmu dari sisi-Nya sehingga akhir keadaanmu adalah keputus-asaan!” Setelah membaca surat itu, maka gabenor tersebut menghadap kepada Umar bin Abdul Aziz, lalu beliau pun bertanya kepadanya: “Kenapa engkau datang kemari?” Dia menjawab: “Anda telah mencabut hati saya dengan surat Anda, maka saya tidak mahu lagi mengurusi sebuah wilayah pun hingga saya berjumpa dengan Allah Azza wa Jalla.”

Maka Amirul Mu’minin menangis tersedu-sedu, lalu beliau berkata kepada Fudhail: “Tambahlah nasihat kepadaku, semoga Allah merahmatimu!” Fudhail menjawab: “Wahai Amirul Mu’minin, sesungguhnya Al-Abbas bapa saudara Al-Mustofa (Rasulullah –pent) sallallahu alaihi was sallam pernah datang kepada Nabi sallallahu alaihi was sallam lalu berkata: “Wahai Rasulullah, angkatlah saya menjadi pemimpin?” Maka Nabi sallallahu alaihi was sallam bersabda kepadanya:

إِنَّ الإِمَارَةَ حَسْرَةٌ وَنَدَامَةٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ لَا تَكُوْنَ أَمِيْرًا فَافْعَلْ.

“Sesungguhnya kepemimpinan akan menjadi penyesalan pada hari kiamat nanti, maka jika engkau mampu untuk tidak menjadi pemimpin, lakukanlah!” (Lihat: Sahih Al-Bukhary, no. 174 –pent)

Maka Amirul Mu’minin menangis tersedu-sedu, lalu beliau berkata kepada Fudhail: “Tambahlah nasihat kepadaku, semoga Allah merahmatimu!” Fudhail menjawab: “Wahai yang berwajah bagus, Andalah yang akan ditanya oleh Allah tentang hamba-hamba-Nya pada hari kiamat nanti, maka jika Anda mampu untuk mampu menjaga wajah ini dari neraka, jangan sampai Anda memasuki waktu pagi dan petang dalam keadaan di hati Anda terdapat pengkhianatan terhadap seorang pun dari rakyat Anda, kerana sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi was sallam pernah bersabda:

مَنْ أَصْبَحَ غَاشًّا لِرَعِيَّتِهِ لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ.

“Siapa saja yang mengkhinati rakyatnya maka dia tidak akan mencium bau surga.” (Lihat: Sahih Al-Bukhary, no. 7150 –pent)

Maka Amirul Mu’minin menangis tersedu-sedu, lalu beliau berkata kepada Fudhail: “Apakah engkau memiliki tanggungan hutang?” Dia menjawab: “Ya, hutang kepada Rabbku yang belum Dia tagih. Maka celaku diriku jika Dia telah menanyakannya kepadaku, celaka diriku jika Dia memperhitungkannya, dan celaka diriku jika aku tidak mampu mengemukakan alasan yang tepat.” Beliau menimpali: “Yang kumaksud adalah hutang kepada hamba-hamba Allah.” Fudhail menjawab: “Sesungguhnya Rabbku tidak memerintahkanku untuk melakukan hal ini, yang Dia perintahkan kepadaku adalah agar saya mentauhidkan-Nya dan mentaati perintah-Nya. Dia Azza wa Jalla berfirman:

وَما خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ. مَا أُرِيْدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَما أُرِيْدُ أَنْ يُطْعِمُوْنِ. إِنَّ اللهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُوْ الْقُوَّةِ الْمَتِيْنَ.

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka hanya beribadah kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha pemberi rezki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kokoh.” (QS. Adz-Dzariyat: 56-58)

Maka Amirul Mu’minin berkata kepadanya: “Ini 1000 dinar, ambillah dan belanjakan untuk keperluan keluargamu dan gunakanlah untuk menguatkan ibadahmu.” Fudhail menjawab: “Subhanallah, saya menunjukkan Anda kepada jalan keselamatan, sementara Anda membalasnya dengan yang semacam ini?! Semoga Allah menyelamatkan Anda dan memberi taufik kepada Anda.”

Kemudian dia diam dan tidak berbicara lagi kepada kami. Maka kami pun keluar meninggalkan rumahnya. Ketika kami sampai di pintu, Amirul Mu’minin berkata: “Wahai Abul Abbas, jika engkau menunjukkan seseorang kepadaku maka tunjukkanlah orang yang seperti ini, dialah pemimpin kaum Muslimin yang sebenarnya.”

Tiba-tiba salah seorang isterinya masuk menemuinya seraya berkata: “Suamiku, engkau sering melihat kesempitan hidup yang kita rasakan, sekiranya engkau mahu menerima harta ini agar kita mendapatkan kemudahan dengannya.” Maka Fudhail menjawab perkataan isterinya: “Permisalan diriku dan kalian adalah seperti suatu kaum yang memiliki unta yang mereka makan dari hasilnya, tatkala dia telah berkembang biak maka mereka menyembelihnya dan memakan dagingnya.”

Ketika Amirul Mu’minin perkataan tersebut maka beliau berkata: “Masuklah lagi, mudah-mudahan dia mahu menerima harta ini.” Ketika Fudhail mengetahui hal tersebut maka dia keluar dan duduk di atas loteng di atas pintu kamar, lalu Amirul Mu’minin ikut duduk di sampingnya dan mengajaknya bicaranya, namun dia sama sekali tidak menjawab beliau. Ketika kami dalam keadaan demikian, tiba-tiba keluarlah seorang budak wanita berkulit hitam seraya berkata: “Anda telah mengganggu ketenangan Syaikh sejak malam, maka pergilah, semoga Allah merahmati Anda!” Maka kami pun pergi meninggalkan mereka.

Al-Muntazham Fii Taarikhil Muluuk wal Umam, 9/149-152.

Alih bahasa: Abu Almass
Sabtu, 12 Jumaadats Tsaniyah 1435 H
WA Mutiara Salaf

Nasihat Fudhail Bin Iyadh Kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid

Wahai Orang Miskin!

Fudhail bin ‘Iyadh berkata,

“Wahai miskin (orang yang perlu dikasihani), kamu seorang yang musii’ (berbuat jelek), namun kamu melihat dirimu muhsin (berbuat baik). Kamu itu bodoh, namun kamu melihat dirimu sebagai orang berilmu. Kamu bakhil, namun kamu melihat dirimu dermawan. Kamu dungu, tapi kamu melihat dirimu sebagai orang berakal. Umurmu itu pendek, namun angan-anganmu panjang.”

Mengomentari ucapan tersebat, adz-Dzahabi rahimahullah mengatakan,

“Sungguh demi Allah, (Fudhail bin ‘Iyadh) telah benar. Dan kamu zalim, namun kamu memandang dirimu dizalimi. Kamu memakan sesuatu yang haram, namun kamu merasa sebagai orang yang wara’. Kamu fasiq, namun kamu merasa sebagai orang adil. Kamu mencari ilmu untuk dunia, namun kamu mengira dirimu mencari ilmu kerana akhirat.”

Siyar A’lam an-Nubala’ (VIII/440)

Wahai Orang Miskin!

Ikutilah Jalan Kebenaran

Berkata Fudhail bin Iyadh rahimahullah,

“Ikutilah jalan-jalan kebenaran dan tidak membahayakan Anda sedikitnya orang yang berjalan padanya. Hati-hatilah dari jalan-jalan kesesatan dan jangan tertipu dengan banyaknya orang yang binasa.”

(Al Itishom 1/263)

قال الفضيل بن العياض رحمه الله:

“اتبع طرق الهدى ولا يضرك قلة السالكين وإياك وطرق الضلالة ولا تغتر بكثرة الهالكين.”

Ikutilah Jalan Kebenaran

Doakan Pemimpin Kalian ke Arah Petunjuk dan Kebaikan

DOAKANLAH PEMIMPIN KALIAN KE ARAH PETUNJUK DAN KEBAIKAN DAN JANGANLAH DOAKAN KEBURUKAN KE ATAS PEMIMPIN KALIAN!!!

Berkata Imam al-Barbahari,

“Jika anda melihat orang yang berdoa buruk kepada seorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun apabila anda melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli Sunnah, insya Allah.”

Fudhail bin Iyadh berkata,

“Jikalau aku mempunyai doa baik yang dikabulkan, maka semua akan aku persembahkan bagi para pemimpin.”

Saya adalah Ahmad bin Kamil berkata bahawa telah bercerita Husain bin Muhammad at-Tabari dari Mardawaih as-Shabigh berkata bahawasanya aku mendengar Fudhail berkata,

“Jika aku tahu mempunyai doa baik yang dikabulkan maka akan aku persembahkan bagi para pemimpin.”

Ia ditanya,

“Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut.”

Beliau berkata,

“Pabila doa itu hanya aku tujukan bagi diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun pabila aku persembahkan kepada pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikannya.”

Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dan juga oleh al-Khalal dalam “as-Sunnah”. Sanadnya adalah sahih.

Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan, meskipun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan kejahatannya akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara apabila mereka baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya.

[Syarh as-Sunnah oleh Imam Al-Barbahari, catatan no. 136]

Doakan Pemimpin Kalian ke Arah Petunjuk dan Kebaikan

Anak Itu Rahsia Bapanya

Al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah melihat anaknya mengusap piring timbangan dengan hujung bajunya.

Lalu dia bertanya: “Mengapa?” Maka si anak menjawab: “Supaya saya tidak ikut menimbang debu jalanan untuk kaum muslimin”.

Maka menangislah Al-Fudhail, sambil berkata: “Wahai anakku, sesungguhnya perbuatanmu ini bagiku lebih bagus dari dua haji dan dua puluh umrah!”

Renungkanlah faedah di atas, betapa besar faedah dari sifat kejujuran. Seseorang menjadi ‘kadzib’/pendusta, atau sebaliknya menjadi ‘sadiq’/jujur tergantung tarbiyyah kedua orang tuanya sejak kecil.

Diterjemahkan:
Ummu Abdillah binti Ali Bahmid عفا الله عنهما
WA.Tarbiyatul Aulaad
BILAAD

Anak Itu Rahsia Bapanya

Tanda-tanda Zuhud

Berkata Imam Al-Fudhoil bin ‘Iyadh rahimahulloh:

“Tanda-tanda zuhud terhadap dunia dan terhadap manusia ialah: engkau tidak suka manusia memuji diri engkau, dan engkau tidak peduli dengan cercaan mereka, dan jika engkau mampu untuk tidak dikenal maka lakukanlah, kerana tidak ada dosa bagi engkau untuk tidak dikenal, dan tidak ada dosa bagi engkau untuk tidak dipuji atasmu, dan tidak ada dosa bagi engkau untuk menjadi tercela di hadapan manusia jika engkau terpuji di sisi Allah.”

Hilyatul Awliya, Abu Nu’aim (8/90).

Alih Bahasa: Muhammad Sholehuddin Abu ‘Abduh عَفَا اللّٰهُ عَنْهُ.
WA Ahlus Sunnah Karawang

ﻋﻼﻣﺔ ﺍﻟﺰﻫﺪ ﻓﻲ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻭﻓﻲ ﺍﻟﻨﺎﺱ ، ﺃﻥ ﻻ ﺗﺤﺐ ﺛﻨﺎﺀ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻋﻠﻴﻚ ، ﻭﻻ ﺗﺒﺎﻟﻲ ﺑﻤﺬﻣﺘﻬﻢ ، ﻭﺇﻥ ﻗﺪﺭﺕ ﺃﻻ ﺗﻌﺮﻑ ﻓﺎﻓﻌﻞ ، ﻭﻻ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻻ ﺗﻌﺮﻑ ، ﻭﻣﺎ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻻ ﻳﺜﻨﻰ ﻋﻠﻴﻚ ، ﻭﻣﺎ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻥ ﺗﻜﻮﻥ ﻣﺬﻣﻮﻣﺎ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺇﻥ ﻛﻨﺖ ﻣﺤﻤﻮﺩﺍً ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ.

Tanda-tanda Zuhud