Tidak Berbicara Masalah Hakikat Rabb

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Dan ketahuilah semoga anda dirahmati Allah, sesungguhnya berbicara masalah yang berkaitan dengan hakikat Rabb merupakan kebid’ahan dan kesesatan. Tidak boleh berbicara soal Rabb kecuali dengan sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran dan dijelaskan oleh Rasulullah kepada para sahabatnya dan Ia adalah satu, sebagaimana firman Allah: “Tiada sesuatupun yang serupa denganNya, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Asy-Syura:11)

Syarhus-Sunnah Al-Barbahari, poin no. 13

Tidak Berbicara Masalah Hakikat Rabb

Tiada Qiyas dalam Permasalahan Aqidah

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Ketahuilah tiada qiyas dalam permasalahan Sunnah (Aqidah) dan tidak boleh membuat permisalan atau mengikuti hawa nafsu, bahkan sunnah hanya berprinsip pada tasydiq (pembenaran) terhadap atsar Rasulullah sallallahu alaihi wasallama tanpa menanyakan kaifiyyah, penjabaran takwil dan tidak boleh dikatakan bagaimana dan kenapa.”

Syarhus-Sunnah Al Barbahari, poin no.11

Tiada Qiyas dalam Permasalahan Aqidah

Tidak Sempurna Islam Seorang Hamba Sehingga ia Mengikuti, Membenarkan dan Tunduk pada Ajaran Islam

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Ketahuilah semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya tidak sempurna Islam seorang hamba sehingga ia telah mengikuti, membenarkan dan tunduk pada ajaran Islam, maka barangsiapa yang menyangka bahawa masih ada beberapa ajaran Islam yang belum sempurna sepeninggal para sahabat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallama bererti ia telah mendustakan dan membuat perselisihan dan hujatan keji terhadap mereka sementara ia termasuk ahli bid’ah yang tersesat lagi menyesatkan dan telah mengada-adakan ajaran baru dalam Islam.”

Syarhus-Sunnah Al-Barbahari, poin no.10

Tidak Sempurna Islam Seorang Hamba Sehingga ia Mengikuti, Membenarkan dan Tunduk pada Ajaran Islam

Dua Jenis Kesesatan

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Ketahuilah, orang yang sesat dari jalan lurus ada dua jenis; pertama, orang yang sesat dari jalan lurus sementara ia tidak menginginkan kecuali kebaikan, maka kesalahan orang tersebut tidak boleh diikuti, kerana ia telah hancur, dan yang kedua orang yang sengaja menentang kebenaran dan menyelisihi orang-orang bertakwa dari generasi sebelum mereka, ialah orang yang telah sesat dalam kesesatan yang nyata dan termasuk kelompok syaitan yang terkutuk dari kalangan umat ini. Sangat wajar bagi sesiapa sahaja yang menyaksikan orang seperti kelompok ini untuk memberi peringatan keras kepada seluruh manusia agar tidak terpedaya dengan kesesatannya dan menjelaskan kepada mereka secara tegas dan lugas agar tidak ada seorang pun yang terjerumus ke dalam kebid’ahan mereka, sehingga manusia terhindar dari kehancuran.”

Syarhus-Sunnah Al-Barbahari, poin no.9

Dua Jenis Kesesatan

Apakah Hal itu Telah Dibicarakan Sahabat atau Ulama?

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Ketahuilah, semoga anda dirahmati Allah, setiap anda mendengar ucapan orang pada zamanmu, janganlah anda tergesa-gesa dan menanggapinya sehingga anda bertanya dan memperhatikan: Apakah hal itu telah dibicarakan oleh sahabat Nabi atau salah seorang ulama Ahli Sunnah, apabila anda mendapatkan sebuah atsar tentang hal tersebut dari mereka maka peganglah erat-erat dan janganlah cuba menanggalkannya kerana alasan apapun sehingga memilih ajaran yang lain lalu anda terjatuh ke dalam api neraka.”

Syarhus-Sunnah Al-Barbahari, poin no.8

Apakah Hal itu Telah Dibicarakan Sahabat atau Ulama?

Bid’ah Yang Kecil Kelak Membesar

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Jauhilah setiap perkara bid’ah sekecil apapun, kerana bid’ah yang kecil lambat laun akan membesar. Demikian pula kebid’ahan yang terjadi pada umat ini berasal dari perkara kecil dan remeh yang menyerupai kebenaran sehingga ramai orang terpedaya dan terkecoh, lalu mengikat hati mereka sehingga susah untuk keluar dari jeratannya dan akhirnya menjadi darah daging lalu diyakini sebagai agama. Tanpa disedari, perlahan-lahan mereka menyelisihi jalan lurus dan terkeluar dari Islam.”

Syarhus-Sunnah Al-Barbahari, poin no.7

Bid’ah Yang Kecil Kelak Membesar

Bid’ah Menghapuskan Sunnah

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Ketahuilah bahawa ketika manusia mengada-adakan suatu kebid’ahan pasti mereka meninggalkan sunnah yang serupa dengannya. Hati-hatilah dari setiap perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap kebid’ahan adalah sesat dan setiap kesesatan dan pelakunya berada di Neraka.”

Syarhus-Sunnah Al-Barbahari, poin no.6

Bid’ah Menghapuskan Sunnah

Agama adalah Ajaran dari Allah

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Ketahuilah wahai saudaraku, rahimakallah, bahawa agama adalah hanya ajaran yang datang dari Allah, dan bukan berdasarkan pada ketetapan akal dan pemikiran manusia. Semua ilmu agama bersumber dari Allah dan rasulNya, maka janganlah anda mengikuti hawa nafsu sehingga anda terhempas dari agama dan terkeluar dari Islam. Tiada alasan bagimu kerana Rasulullah sallallahu alaihi wasallama telah menjelaskan sunnah kepada seluruh umatnya dan mengajarkannya secara tuntas kepada semua para sahabatnya, mereka adalah al-Jamaah dan Sawadul A’dzam. Sawadul A’dzam adalah kebenaran dan para pembelanya, maka barangsiapa yang menyelisihi para sahabat Rasul dalam sebahagian masalah agama, ia telah kafir.”

Syarhus-Sunnah Al-Barbahari, poin no.5

Agama adalah Ajaran dari Allah

Tiada Alasan Bagi Mereka yang Berbuat Kesesatan yang Dianggap Petunjuk

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata,

“Umar bin Al-Khattab radiyallahu anhu berkata, ‘Allah tidak menerima uzur bagi seorangpun yang berbuat kesesatan yang dia anggap sebagai petunjuk, dan Allah tidak menerima uzur seseorangpun yang meninggalkan petunjuk yang dia anggap sebagai kesesatan, kerana semua perkara telah dijelaskan secara tuntas, dan hujjah telah ditegakkan secara sempurna sehingga tidak ada celah bagi sesiapapun untuk mencari alasan. As-Sunnah dan Al-Jamaah telah meletakkan kerangka agama secara sempurna dan telah tampak jelas kepada seluruh manusia dan manusia hanya tinggal mengikutinya.”

Syarhus-Sunnah Al Barbahari, poin no.4

Tiada Alasan Bagi Mereka yang Berbuat Kesesatan yang Dianggap Petunjuk