Bersabar Dari Pandangan yang Haram

al-Imam Ibnul Qayyim berkata,

“Ramai manusia mampu bersabar menanggung kesulitan dalam menjalani solat malam, baik pada musim panas mahupun dingin, dan menanggung beratnya berpuasa. Akan tetapi dia tidak mampu bersabar dalam menahan diri dari pandangan yang haram.”

Sumber : ‘lddatu ash-Shabirin (28)

❍ قال الإمام ابن القيم رحمه الله :

☜ كثير مِن الناس يصبرُ على مكابدة قيام الليل في الحَرِّ ، والبَرْدِ ، وعلى مشقة الصيام ؛

ولا يصبر عن نظرة محرّمة ! .

عدة الصابرين (٢٨)

Majmu’ah Manhajul Anbiya
Join Telegram https://tlgrm.me/ManhajulAnbiya
Situs Resmi http://www.manhajul-anbiya.net

Bersabar Dari Pandangan yang Haram

Keutamaan Menundukkan Pandangan

Berkata Mujahid Bin Jabr rahimahullah:

” غَضُّ الْبَصَرِ عَنْ مَحَارِمِ اللَّهِ يُورِثُ حُبَّ اللَّهِ “

“Menundukkan pandangan dari hal- hal yang diharamkan Allah َّعَزَّ وَجَل , menumbuhkan rasa cinta kepada Allah َّعَزَّ وَجَل .”

(Majmu’ al-fatawa:15/ 394)

https://telegram.me/Askarybinjamal/290

Keutamaan Menundukkan Pandangan

Kunci-Kunci Kebaikan

Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu anhu berkata:

‏ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس،
أد ما افترض الله عليك تكن أعبد الناس،
اجتنب ما حرم الله عليك تكن من أورع الناس.

“Redhalah dengan pembahagian dari Allah untukmu, nescaya engkau akan menjadi orang yang paling berkecukupan, kerjakan apa yang Allah wajibkan atasmu, nescaya engkau akan menjadi orang yang paling baik ibadahnya, dan jauhilah apa yang Allah haramkan atasmu, nescaya engkau menjadi termasuk orang yang paling wara’.”

Sahih, Az-Zuhd, karya Abu Dawud, no. 139

Continue reading “Kunci-Kunci Kebaikan”

Kunci-Kunci Kebaikan

Takut Pada Allah Bukan Hanya Tangisan Semata

Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbaly rahimahullah berkata:

إِنَّمَا الخائف من ترك ما اشتهى من الحرام إذا قدر عليه.

“Orang yang takut (kepada Allah) hanyalah orang yang meninggalkan perkara yang haram yang dia sukai dalam keadaan dia mampu melakukannya.”

Rasail Ibnu Rajab, jilid 1 hlm. 163

Continue reading “Takut Pada Allah Bukan Hanya Tangisan Semata”

Takut Pada Allah Bukan Hanya Tangisan Semata

Tidak Peduli Halal atau Haram

Nabi sallallahu alaihi wasallama bersabda,

يأتي على الناس زمان لا يبالي المرء ما أخذ أمن الحلال أم من الحرام

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seseorang tidak peduli apa yang dia ambil apakah dari hasil yang halal atau yang haram”

Sahih HR Al-Bukhari dan An-Nasa’i dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Sahih at-Targhib no.1722

Tidak Peduli Halal atau Haram

Tidak Masuk Syurga Kerana Makanan Haram

Diriwayatkan dari Abu Bakr Ash-Siddiq, dari Nabi sallallahu alaihi wasallama, beliau bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ

“Tidak akan masuk ke dalam syurga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”

(Sahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Sahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Tidak Masuk Syurga Kerana Makanan Haram